25 December 2009

Lamanyaaaa....

Hurrrm.... lama gila x update blog.. huhuhuh... Acctulay malas nak taip n karang ayat2 ni..

Apapun semester baru dah nak bermula!!! 28 Dicember 2009. Semester terakhir dalam hidupanku di Universiti Malaya (harapnya). Persediaan?? hahaha. Hancus....

Apa lagi nak taip r??? hm.. ok la.. bai.. Assalamualaikum....

16 October 2009

Azraai Tinggalkan Kedah (Sedeynya......)

DRAF SURAT PERLETAKKAN JAWATAN AZRAAI SEBAGAI JURULATIH KEDAH

15 OKTOBER 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua sahabat-sahabat yang dihormati,
Dalam keberkatan Syawal ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin.

Berat untuk saya nyatakan,tetapi setelah sekian lama bersabar. Kini sudah tiba masanya untuk saya bertindak mengikut naluri saya.

Untuk pengetahuan semua, izinkan berkongsi sedikit maklumat atau sejarah bagaimana kehadiran saya ke jawatan Ketua Jurulatih Bolasepak Negeri Kedah Darulaman. Saya masih ingat lagi pada petang hari Rabu, tanggal 18hb Ogos 2004,dimana saya dijemput oleh Bapa Pembangunan Bolasepak Negeri Kedah,Allahyarham Dato` Ahmad Basri Mohd Akil untuk berbincang berkenaan kepincangan bolasepak Skuad Hijau Kuning ketika itu dan seterusnya diberi cabaran getir iaitu untuk mengambil alih tugas jurulatih Kedah yang pada masa itu disandang Jurulatih kelahiran Brazil, Miradhinha . Keadaan pasukan ketika itu berada di paras yang cukup mengecewakan.

Dari perbincangan itu ,tidak dapat dinafikan Allahyarham sememangnya seorang yang mempunyai wawasan dan pemikiran dinamik dalam usaha memertabatkan kembali bolasepak Kedah.

Sehubungan dengan itu, hasil dari perbincangan tersebut,Kami meletakkan Matlamat utama pasukan Kedah yang wajib dicapai adalah kembali memacu Skuad Hijau Kuning muncul diantara pasukan elite dalam kancah bolasepak Malaysia.

Saya juga disarankan oleh arwah sebagai Ketua Jurulatih bagi menggantikan Mirandinha. Berbekalkan semangat dalam diri dan sokongan serta dorongan allahyarham,saya menyahut cabaran tersebut.Antara garis panduan untuk saya berkhidmat adalah ;
• Saya wajib komited 100% untuk bolasepak negeri tercinta
• Memertabatkan bolasepak Negeri
• Setia pada Negeri
• Setia pada Sultan
• Setia pada Pasukan.
• Meletakkan sasaran awal,Kalau boleh cuba sedaya upaya untuk mencapai kejayaan terbaik dalam sukan bolasepak menjelang Jubli Emas Pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darulaman.

Bagi memenuhi matlamat tersebut,Perancangan Program Pembangunan jangka masa 5 tahun telah dicetuskan oleh arwah Dato`.Bermula saat itu kita terus membina pasukan merujuk kepada acuan mantap yang telah ditetapkan.

Alhamdulillah...berkat kesungguhan dan keyakinan,kita berjaya mencapai matlamat kita dengan cukup cemerlang dalam jangkamasa setahun lebih awal dari perancangan.
Antara detik gemilang yang menghangatkan kembali sambutan peminat seluruh negeri keatas skuad Kenari adalah :
• Menjuarai Liga Perdana pada tahun 2006. Kembali ke Liga Super 2007
• 2007 Menjuarai Liga Super
• 2007 Menjuarai Piala FA
• 2007 menjuarai Piala Malaysia
• 2007 KEDAH menjadi pasukan pertama di Malaysia yang menjuarai Liga Super,Piala FA dan Piala Malaysia.
• Musim 2007 Menang hampir keseluruhan Anugerah Pemain terbaik dalam majoriti kategori dan juga Anugerah Jurulatih Terbaik
• 2007 – hampir separuh pemain dalam skuad dipanggil menyertai skuad Kebangsaan
• 2008 Menjuarai Liga Super
• 2008 Menjuarai Piala FA
• 2008 menjuarai Piala Malaysia
• 2008 sekali lagi terpahat dalam sejarah bolasepak Malaysia,KEDAH menjadi pasukan pertama yang muncul pemenang double treble.Begitu juga penghormatan khas untuk pemain apabila menang lagi dalam pencalonan categeri pemain terbaik dalam banyak posisi dan anugerah Jurulatih Terbaik 2 tahun turut-turut.
• Stadium Darulaman kembali 'full house'
• Pada masa yang sama kita mewakili Malaysia dalam kancah AFC selama 2 musim berturut-turut

Itulah sejarah yang telah saya lakarkan.
Saya rasa kita telah mencapai matlamat kita dengan cukup cemerlang.
Bagi seluruh peminat dan penyokong skuad Hijau kuning,negeri Kedah yang tiada banyak hiburan....bolasepak ada lah sukan no.1 untuk mereka.Sukan yang menyatukan semua rakyat negeri tercinta.

Saya amat bersyukur,dan cukup teruja apabila 'matlamat' yang digariskan sebelum ini telah disempurnakan dan perkara ini telah membuatkan semua rakyat Kedah serta pencinta sukan ini turut merasa bangga dengan pencapaian cukup hebat dalam jangkamasa 2 tahun berturut-turut.
Kebangkitan semangat Hijau Kuning dapat dilihat di seluruh pelusok negeri.Saya begitu bangga dan terharu apabila bendera hujau kuning kembali berkibar megah.....teringat lagu keramat nukilan Arwah Dato`yang kembali dan terus bergema.

Sayang seribu kali sayang, episod gemilang ini tidak mampu bertahan lama gara-gara perubahan pengurusan KFA yg dilihat kurang komited dengan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Setelah kita mengharungi musim 2009 ,Kedah selaku juara bertahan kesemua Piala yang dipertandingkan, hanya menduduki tempat ke 3 dalam carta Liga Super dengan habuan wang tunai RM150,000.00 .

Episod Duka terus berlaku dalam 2009
Kita menghadapi Pertandingan Piala Malaysia 2009 pada bulan September.,Semua Pasukan bertanding dibenarkan mendapat pemain pinjaman sebanyak 3 orang.Sayang sekali cadangan saya tak jadi kenyataan gara-gara sikap KFA yang tak serious dalam mendapatkan pemain Haris Safwan dari T Team Terengganu.Pemain tersebut telah terlebih dahulu menghubungi saya untuk membolehkan beliau menyarung jersi Kedah didalam kempen kali ini.Apa bila didesak...komen pihak KFA dengan acuh tidak acuh menyatakan CUKUPLAH DENGAN APA YANG ADA....

Sebagai seorang Jurulatih Professional saya tahu kelemahan dan kekuatan pasukan...jadi menjelang Piala Malaysia saya rasa pasukan kita perlu menambah kekuatan di barisan serangan.(itu pun sebelum Khyril Muhymeen Zambri menjalani pembedahan lutut ).Masaalah kecederaan pemain posisi serangan seperti Samransak (operation lutut),Fadly Baharum (operation lutut dan ankle) dan pemain pertahanan kental V Thirumurugan(operation ankle) amat merencatkan persiapan pasukan dalam kempen kali ini kerana kita sedia maklum banyak pemain utama kita mengalami kecederaan .

Apapun,dengan apa yang ada seluruh Pemain tetap berjuang dengan penuh semangat dalam setiap perlawanan.Tetapi nasib tak menyebelahi kita....kalah dengan jaringan tipis walaupun pada dasarnya kita menguasai permainan.

I am not a magician,saya cuma seorang manusia biasa.Seperti seorang tukang masak....jika dibekalkan kangkong,maka lauk kangkong lah yang akan saya masak.Mana mungkin kangkong bertukar menjadi spagethi !

Dalam keadaan sedemikian,Terus terang saya akui,KFA cakap tak serupa bikin.Saya bukan mahu mengalah atau lepas tangan,tetapi prinsip perjuangan saya dalam bolasepak tidak mendapat sokongan penuh dari KFA,ini menjejaskan persiapan pasukan saya.Saya tak dapat menjalankan tugas saya dengan tersusun,teliti dan mengikut perancangan awal saya.

Jadi cukuplah setakat itu,dengan berat hati…ada baik nya saya berundur dari jawatan Ketua Jurulatih Bolasepak Negeri Kedah Darulaman untuk memberi pada laluan orang lain.

Apa sekali pun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga pada semua peminat-peminat bolasepak Negeri Kedah yang telah menyokong pasukan negeri tercinta ketika saya melaksanakan tugas selaku Ketua Jurulatih.Saya amat berbangga apabila dapat berkhidmat untuk anda semua dan membuat anda semua rasa teruja dan berbangga sebagai rakyat Negeri Kedah Darulaman.

Sekian

"BIAR JASA JADI KENANGAN"



Saya yang ikhlas,

Mohd Azraai Khor

==>HKC<=

09 October 2009

TAHNIAH Universiti Malaya Ku....

THES telah mengeluarkan ranking terbaharu 200 universiti terbaik di dunia.Nyata, Malaysia berbangga dengan kedudukannya di tangga 180 terbaik dunia melalui Universiti Malaya (UM).
Hal ini menunjukkan, UM terus memperbaharui kedudukannya sebagai universiti terbaik di Malaysia dan dunia. Kedudukan tersebut dibaiki sejak tahun 2007 dan konsisten hingga 2009. Buktinya pada tahun 2007 UM berada di anak tangga 246 terbaik dunia dan pada tahun 2008 menduduki tempat ke-230. Kini, UM terus memperbaharui kedudukan tersebut lantas tersenarai antara 200 universiti terbaik dunia. Malah, jika di senaraikan dalam kalangan Negara Asia, UM menduduki tempat ke-39 terbaik Asia.Kedudukan ini meletakkan Malaysia sebagai negara ke-8 di Asia yang mempunyai universiti terbaik dan cemerlang.

Berbanding pula dengan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), pada kali ini (2009), hanya layak berada di tangga 291 terbaik dunia.Fakta yang perlu diterima tentang kedudukan ini adalah, UKM jauh ketinggalan daripada UM melewati 111 universiti lain(jurang antara UM dan UKM).Lebih malang lagi, kedudukan UKM dalam penilaian THES menunjukkan universiti ini merosot dari tahun sebelumnya (2008), yang berkedudukan 250 terbaik dunia. Jelaslah, UKM langsung tidak tersenarai dalam 200 universiti terbaik dunia sebaliknya terus corot.

Walau bagaimanapun, UKM masih boleh berbangga kerana mengepalai senarai universiti di Malaysia yang gagal tersenarai sebagai 200 terbaik dunia berdasarkan penilaian THES.Universiti yang berada di belakang UKM ialah Universiti Sains Malaysia (USM atau lebih dibanggakan dengan nama APEX Universiti).USM menduduki senarai ke-314 terbaik dunia diikuti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tangga 320 dan Universiti Putra Malaysia (UPM), yang berkedudukan ke-345.

Menyentuh tentang prestasi USM, kedudukannya terus merosot sejak tahun 2006 hingga 2009. USM terus jatuh dari tahun ke tahun; 2006(277),2007(307),2008(313),2009(314).Inikah universiti APEX yang dibanggakan?

Segala fakta ini perlu diterima dan diperhalusi sebagai kayu ukur tentang ketrampilan universiti-universiti Malaysia di peringkat global. Kepada UM, tahniah kerana menyedari akan kejatuhannya sebelum ini dengan berusaha memperbaiki kedudukan tersebut untuk berada pada tahap yang boleh dibanggakan kali ini. Mahu tidak mahu, terima ataupun tidak, UKM,USM,UTM, dan UPM serta universiti lain di Malaysia, patut mencontohi UM.

Tuntasnya, UM terus menjadi universiti perdana dan terunggul negara secara realiti pada hari ini dan bukan sekadar bersandar pada gelaran universiti tertua negara. Layaknya, UM yang tertua dan terunggul dengan mengetuai barisan universiti lain di Malaysia. Namun, untuk semua universiti di Malaysia, teruslah berusaha meningkatkan kualiti kampus masing-masing agar kita tersenarai dalam 200 terbaik dunia untuk masa hadapan. UM, jangan berpuas hati dengan apa yang diraih pada kali ini sebaliknya perlu lebih sedar ruang akan kedudukannya yang perlu terus dibaiki kerana pernah berada pada tahap yang lebih baik sebelum ini; tahun 2004(89 terbaik dunia).

Secara ringkas, di bawah adalah kedudukan 5 universiti terbaik Malaysia:

1. UNIVERSITI MALAYA
2. Universiti Kebangsaan Malaysia
3. Universiti Sains Malaysia
4. Universiti Teknologi Malaysia
5. Universiti Putra Malaysia

Dipetik daripada blog sahabat aku ==> http://malaikatdjendela.blogspot.com

03 October 2009

Salam Aidilfitri

Selamat Menyambut Hari Aidilfitri buat semua yang mengenali diri aku...
Paling penting aku nak minta maaf kepada sahabat-sahabat di atas segala kesilapan yang telah dilakukan samada secara sengaja mahupun tidak sengaja.

Maaf Zahir & Batin

29 July 2009

Facebook oh Facebook


Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti Myspace, Friendster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan terutamanya kawan lama di ruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang ingin dikongsikan. Laman web sosial sekarang tak ubah seperti blog. Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapatkan satu akaun bagi diri masing-masing. Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain. Jadi, sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai laman web sosial yang sedang meletup iaitu FACEBOOK.

Sebenarnya ada sebahagian DARK SIDE yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook.Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah lihat dan terus melihat. Juka ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan. Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang FACEBOOK? Sedarkah kita bahawa semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh pihak CIA? Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber at anytime them want!Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab "nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita...senang dan mudah sikit!". Malang sekali, bukan itu yang berlaku.

Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap FACEBOOK, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang FACEBOOK letak dalam web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya. Sama-sama kita renungkan apakah yang diperkatan dalam FACEBOOK's terms of service: ULASAN:1. Cuba bayangkan! - FACEBOOK yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling mudah untuk CIA mendapatkan data peribadi mereka dengan PERCUMA. Bagi pengguna kebanyakkan (mereka yang bukan extreme) mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak CIA tetapi bagi mereka yang mempunyai "title" sebagai "professional" seperti seorang doktor, peguam, Professor, scientist dan yang seumpamanya. Inilah mangsa CIA yang sebenar.2. Mengapa? - Kerana sama ada kita percaya atay tidak, ramai golongan professional yang meletakkan segala butiran mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu kalah dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi.3.

Bukankah ianya privacy diri sendiri? - Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?. Semua data dimasukkan adalah data-data mengenai achievement diri dimasukkan. Alamat, no h/p, rumah, pejabat, kerja, pendidikan, daily schedule dan lain-lain dimasukkan. Bayangkan semua ini akan dijadikan sebagai data statistik untuk digunakan pada masa hadapan.4. Marahkah kita? - Kita marah bila orang mengambil tahu pasal kita, kita marah bila orang mencungkil privacy kita, tapi kita tidak sedar yang kita telah berikan semuanya dalam facebook kita. Kalau nak ikut cakap kasar:"Esok kalau katakan mereka hendak menyerang Malaysia, mereka sudahpun tahu dimana golongan bijak pandai di Malaysia ini tinggal. Sebelum dia serang, mereka akan bunuh dulu golongan bijak pandai ini, tiada apa yang tinggal.

Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun berada dalam tangan mereka"5. Fakta - FACEBOOK telah ditampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel. Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak USD 12.7 juta telah dilaburkan ke dalam FACEBOOK oleh James Breyer dari Accel Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham. Juka kamu hendak tahu siapakah mereka semua ini dan siapakah DALANG disebalik laman web sosial ini, boleh lihat cliphttp://www.youtube.com/watch?v=mCGSYWd1HOI&feature=related .6. Peranan CIA - Selain daripada menjadikan FACEBOOK sebagai cara untuk mendapatkan data dan maklumat, pihak CIA juga merekrut staffnya bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr. Anita Jones juga telah menjadi sebahagian dari DARK SIDE ini. Dr. Anita Jones adalah Defence Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.

KESIMPULAN:Bersosial di laman web seperti FACEBOOK ini tidak salah, malah bagus bahkan kita boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan fakta-fakta yang menjadi privasi diri sendiri. Jangan mudah kita memberikan maklumat yang penting. Maklumlah, rakyat Malaysia cepat terpengaruh dengan benda yang PERCUMA sebegini. Bukan nak mengata diri sendiri, tetapi telahpun terbukti. Kalau tidak percaya, pergilah ke laman web Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan Israel itu! Jawapannya mudah ialah Rakyat Malaysia, tidak syak lagi.APA YANG PERLU KITA BUAT? - Bagi mereka yang sudah menjadi ahli FACEBOOK dan sudah memasukkan data peribadi. Senyum sajalah. Bagi mereka yang belum mendaftar, berhati-hatilah.

10 July 2009

Welcome Back

Semester baru dah bermula da... Kepada semua warga Universiti Malaya dan IPT yang lain, SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.. hahahaha... Beeraat mata memandang, beeraat lagi bahu yang memikul....

Sedar x sedar aku dan masuk tahun akhir semester nie.... Fuhhh.... Legaaa... X sabaq nak tempuh alam pekerjaan plak... Apa pun semoga azam baru aku sem ini akan tertunai dengan mudah.. huhuhu.. Apa azam aku sem ni haa..???? hmm.....

06 May 2009

Tragedi Sedim






Kisah ni berlaku pada 3 hari yang lalu iaitu pada 3 Mei 2009.. Waktu tu aku baru ja sampai di kampung.. So, x join la trip ni.. Kereta Perodua Kancil milik sahabat aku, Oun remuk teruk gak r disebabkan tragedi ni..

Semasa dalam perjalanan pulang dari mandi-manda di Sg. Sedim, Kulim, hujan turun agak lebat. Keadaan jalan sure la licin.. Menurut Oun, dalam pkul 4.25 pm sampai ja kat Jeniang ada sebuah kereta Wira potong depa dengan keadaan yang kuang ajar .. So, biasa la kan darah muda.. So, berbekalkan enjin turbo yang dia ada, dia kejar la keta Wira tu.. Kelajuan?? 130 km/j ja... Tp tu la.. malang tiada bau.. Sampai ja satu selekoh (x tajam pun tapi dia nampak macam lurus ja jalan tu) dia gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke seberang jalan. Apa yang menariknya, kereta Kancil tu melambung kira-kira 3 meter ke udara.. Wayar kabel elektirk putus.. Tinggi tu melambung..

Kebanyakkan saksi yang melihat kejadian tu cakap driver keta tersebut sure dah meninggal r.. Tapi Tuhan masih sayangkan dia. hahaha.. Oun dengan sorang lagi sahabat, Shon hanya cedera ringan.. Oun yang agak teruk skit kena beberapa jahitan di kepala..

Nasib baik la waktu tu ada jugak kengkawan yang follow dari belakang dengan kereta lain..
Kalau x, memang lagi sukar la nak uruskan semua ni.. Dalam pkul 11 malam baru selesai semuanya termasuk urusan Report Police...

p/s : kelajuan membawa padah.. hahahaaha.. Habis la Kancil turbo hang Oun...

05 May 2009

Kronologi Pulang Ka Kampong

Selamat tiba di kampung tercinta.. Walaupun penat tahap maksima disebabkan aku balik tunggang motor secara solo, tapi setelah dapat mendaratkan kaki aku di halaman rumah, segala penat tu hilang sebanyak 60%.. Leegaa..

Di sini aku nak kongsi skit tentang perjalanan aku dari KL ke Kedah

Jenis Kenderaan : Motosikal Wave 125
Kelajuan : dalam 100 km/j jaa...
Jarak perjalan : 425 km

3.13 pm : aku bertolak dari KK 12, Universiti Malaya...
4.18 pm: Behenti di Hentian Tanjung Malim (isi minyak RM 4.00)
5.58 pm: Behenti sekali lagi tuk isi minyak ( RM5.20)
6.57pm: Tiba di Hentian Bukit Gantang.. Rehat jab...
7.30pm: Isi minyak di RnR Gunung Semanggol (RM4)
8.30pm: Tiba di Plaza Tol Sg. Dua.. Alhamdulillah.. Sampai kat sini dah kira lega dah la...
8.49pm: Terpaksa keluar exit SP selatan untuk isi minyak.. (RM4.50)
9.22pm: Tida di Plaza Tol Pendang.. Semakin dekat dengan destinasiku......
9.54pm: Akhirnya aku SELAMAT tiba di rumahku FELDA SUNGAI TIANG..

Secara keseluruhannya perjalanan aku kali ini memakan masa selama 6 jam 41 minit. Merupakan satu rekod baru yang berjaya aku cipta. (sebelum ni 6 jam 46 minit). hahaha..
Tahniah Ikhwan..

02 May 2009

Jom Balik Kampung


Hmm.. Hari ni (2 Mei) aku nekad nak balik sorang-sorang ja ke kampung di Kedah. Bukan x tak mau tunggu kawan-kawan yang lain.. Tapi ada hal yang lebih mustahak di kampung 5hb tu.. So, aku kena gak paksakan diri balik sorang-sorang.

Sori erk sahabat-sahabat. hahahaha..

Tapi sebelum ni pun aku dah ada pengalaman ride sorang-sorang dari Kedah ke KL.. Siap hujan sepanjang jalan lagi... So, nak gunakan pengalaman ari tu untuk hari ni plak. Tapi harap-harap cuaca cerah berterusan la hari ni...

Harap perjalanan petang ni akan berjalan lancar dan aku selamat sampai..

p/s : target 7 jam from Universiti Malaya ke Felda Sg Tiang. InsyaAllah

01 May 2009

Fuhhh.. Selesai...

Hmm.. Lamanya x post.. so, ni saja gatai2 tangan nak post... Sebenarnya aku pun tak tau nak post apa.. Tak dak idea.. Tu yang malas tu...

Alhamdullilah... Hmm Waktu aku taip post ni, hanya tinggal lagi 1 paper yang belum aku selesaikan.. Pengurusan dan Pentadbiran Seni... Tapi rasa lega tu dah mula ada dah. hahaha..

Untuk pengetahuan, SEM ni memnag SEM yang paling mencabar bagi aku.. Terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti samada Kurikulum atau KoKurikulum kat Uni Perdana ni.. Tapi semua tu berjaya aku harungi gak.. hahah Tapi ok gak sebab semua tu menyebabkan aku boleh merasai suasana sebenar yang orang sebut-sebut selama ni iaitu 'Campus Life'. Memang best la semua ni..

Paling aku x bleh lupa sepanjang SEM ni apabila aku join produksi Festival Seni.. Memang bagi pengalaman baru kat aku.. Macam-macam ilmu yang dapat.. hahahah.. Bleh gak merasa kerja dengan artis.. huhuhuhu

Selain tu pengalaman yang paling x bleh aku lupa SEM ni sewaktu aku hampir-hampir nak kena BAR dari exam.. Aduuhhhhh.... Tidur malam tak lena ooo... Tapi rupa-rupanya, tu semua baru warning tahap cipan dari Pensyarah.. hahahahaha (taun depan x mau buat dah).. Huhuhu Azam yang sama setiap SEM tapi dok buat gak..

Hmmm.. Dah tak tau nak taip apa dah.. So, Babaii..

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA

28 March 2009

Hasil Tugasan Kaligrafi Melayu

Alhamdulillah dalam sibuk sepanjang bulan Mac ni, akhirnya aku berjaya juga menyiapkan tugasan dalm jangkamasa yang ditetapkan. huh.. Lega.. Tapi baru sebahagian... Ada lagi lepas ni tugasan yang nak kena hantar... Gambar kat bawah ni antara tugasan yang aku siapkan dalam Semester ni.. huhhuhuhu...

20 March 2009

Lagu Tema Baru PDRM

TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH

Penat dan lenguh di PULAPOL! Begitulah yang dapat aku gambarkan. Aku dan sahabat-sahabat SUKSIS yang lain baru sahaja selesai menjalani raptai penuh perbarisan sempena Sambutan Ulangtahun Peringatan Penubuhan PDRM yang ke 202. Majlis yang akan diadakan pada 25 Mac (Rabu) ini akan dihadiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan disiarkan secara langsung melalui TV1 dan TV3.
Apa yang menerik perhatian aku sekitar raptai pada hari ini ialah tentang lagu tema baru PDRM iaitu Tegas, Adil dan Berhemah serta kemunculan kenderaan terbaru PDRM iaitu Mitshubishi Evolution 10 (25 buah) dan motosikal Honda ST 1300 (400 buah).. Hebat wooo...

TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH
Tegas, adil dan berhemah,
Citra pasukan bermaruah
Setia sepakat mengatur langkah
Pertahan bumi bertuah

Di bawah naungan Diraja
Lambang Kedaulatan Nusa dan Bangsa
Sumpah setia khidmat untuk negara
Pengaman adil saksama

Bekorban demi pertiwi
Kepada rakyat dicurah bakti
Berjiwa murni berintegriti
Berhemah tinggi...

Sedia curah bakti
Perwira paksi pertiwi
(ulang rangkap 1)

16 March 2009

Futsal Piala Pengarah Pusat Sukan


Alhamdulillah seperti yang dirancang, Kejohanan Futsal Piala Pengarah Pusat Sukan anjuran PERMADAH telah terlaksana dengan jayanya pada 14 & 15 Mac. Kejohanan ini telah berlangsung selama dua hari di Gelanggang Futsal Fakulti Undang-Undang UM. Kejohanan Edisi Kedua ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 40 pasukan dari sekitar Lembah Klang.

Pasukan Chipsmore dari UM telah berjaya memenangi hadiah tempat pertama iaitu RM 1200, medal dan piala pusingan. Tempat kedua dimenangi oleh pasukan Selayang Utama FC, tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Medan Goodwil dan tempat keempat dimenangi oleh pasukan Playground.

Tahniah kepada Majlis Tertinggi projek serta ahli keluarga PERMADAH kerana memberi komitmen yang tinggi bagi merealisasikan kejohanan ini.

28 February 2009

Program di Raudhatus Sakinah

Alhamdulillah ana dengan sahabat-sahabat PERMADAH yang lain selesai menjalankan satu program di Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah. Program ini dijayakan oleh seramai 20 orang mahasiswa/mahasiswi PERMADAH UM. Antara objektif program ini adalah untuk membantu remaja membina keyakinan diri dan pembentukkan remaja dalam aspek amalan dan nilai keIslaman.
Pelbagai pengalaman menarik yang ana dapat melalui program ini terutamanya ketika berhadapan dengan remaja-remaja yang sebelum ini mempunyai masalah keruntuhan akhlak. Antaranya ialah hubungan seks luar nikah, murtad, blak metal dan sebagainya. Sesungguhnya pengalaman bersemuka dengan mereka memberi 1001 pengalaman baru kepada ana. Semoga perubahan yang ada pada mereka berkekalan.
Sedikit latar belakang tentang Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah.

Raudhatus Sakinah (RA) diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja yang menjadi mangsa gejala sosial. RS berusaha membantu remaja-remaja ini agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama.

RS telah beroperasi sejak Ogos 1998 di bawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia. Didaftarkan secara rasmi di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Memberi Khidmat dan Bimbingan seperti Bimbingan Rohani, Bimbingan Bina Diri, Riadah, Rekreasi dan Kesenian serta Kemahiran Diri.

MEREPEK Sekejab....

Bukan aku yang cipta, tapi dipetik daripada blog salah seorang sahabat...
Tiada kaitan dengan yang masih hidup mahupun yang telah pergi..

'Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.'

*Tamat*

-daripada BOBBY WONG website-

25 February 2009

Sekitar Majlis Pelancaran SPRM

Pada 24 Februari 2009, satu majlis Pelancaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi. Kor Suksis UM telah diberi penghormatan untuk menyaksikan peristiwa bersejarah ini. SPRM ditubuhkan bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR).


22 February 2009

Kursus Seketariat Festival Seni UM




Kursus 3 hari ini dijalankan di Lembah Azwen Resort, Hulu Langat pada 6,7 dan 8 Februari 2009. Pelbagai ilmu baru terutama yang berkaitan dengan pengurusan acara yang aku dapat. Festival Seni UM (FESENI) merupakan projek ke2 terbesar di Universiti Malaya selepas projek Festival Konvokesyen UM (FESKUM). FESENI dijadualkan berlangsung selama 3 minggu dengan 16 acara termasuk dengan Pop Band, Muzik Akustik dan Malam Juara-Juara.
Kursus ini telah dikendalikan oleh Pegawai Pusat Kebudayaan UM yang mempunyai pengalaman yang luas tentang pengurusan acara seni di negara ini. Salah seorang daripada Pegawai tersebut pernah terlibat dengan Konsert Siti Nurhaliza di Royal Albelt Hall, London.

Keputusan Penuh

KEDAH 1 - 1 MY TEAM

21 February 2009

PIALA FA : Kedah vs My Team 1st Game, 2nd Round

Kemenangan 3 perlawanan berturut-turut yang dicapai oleh Sang Kenari sedikit sebanyak menyembuhkan kedukaan para peminat di atas deretan kekalahan yang dialami sebelum ini. Kemenangan tersebut biarpun dicapai dalam keadaan yang amat payah tetapi kelihatan amat bermakna.

Jika sebelum ini Hijau Kuning berada di kelompok dasar liga, kini Azrai Khor boleh menarik nafas lega kerana mampu melonjakkan skuad bimbingannya ke kedudukan pertengahan pula.

Walaupun begitu, sedikit sebanyak saya merasa amat bersimpati dengan apa yang dialami oleh Azrai. Betapa tidak, mutu persembahan Hijau Kuning masakini tidaklah seperti dahulu, longgar di sana sini.

Kepincangan itu ditambah pula oleh aksi longlai pemain-pemain import tempatan. Mereka yang dipancing dengan harapan besar ternyata masih gagal untuk memberikan sumbangan besar, sebagaimana yang diharap-harapkan.

Lebih buruk lagi, ada di kalangan mereka (pemain import tempatan) yang sudah sekian lama diberi peluang untuk menyarung jersi Hijau Kuning, masih tetap beraksi hambar. Di barisan pertahanan sebagai contoh, kudrat A. Victor juga yang ditagih selaku pemain utama ketika mengimbangi asakan pehak lawan.

Sampai bilakah kita mesti mengharapkan sumbangan pemain veteran tersebut? Apa sudah jadi dengan pemain pertahanan import tempatan yang sebelum ini kelihatan begitu menyerlah ketika mewakili negeri sendiri tetapi kini apabila bersama Hijau Kuning, menjadi beku di bangku simpanan?

Begitu jugalah di posisi tengah dan serangan. Peranan yang dimainkan oleh anak-anak jati jauh lebih menyerlah. Bantuan bermakna yang sepatutnya dihulurkan oleh pemain import tempatan, tidak menjadi kenyataan.

Amatlah tidak adil jika kita ingin membandingkan kebolehan mereka (pemain import tempatan) dengan Huggins, Nelson atau pun Marlon. Namun jika dikaji, taraf permainan mereka jauh lebih rendah dari kualiti persembahan anak-anak negeri. Sindrom sebegitu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Catatan ini bukanlah bertujuan untuk menghentam sesiapa, tetapi anggaplah sebagai satu perangsang khususnya kepada pemain import tempatan agar berusaha bersungguh-sungguh untuk membalas segala kepercayaan Azrai terhadap mereka. Ayuh, jika anda (pemain import tempatan) tidak memulakannya sekarang, bila lagi?

Perjalanan liga sebenarnya masih panjang.

Pada hemat saya untuk mempertahankan Piala Liga yang dimenangi 2 musim berturut-turut bukanlah suatu tugas yang mudah, tetapi tidak pula mustahil. Bagi menggapai impian tersebut, kita tidak perlulah mengharapkan pasukan itu kalah, atau pasukan ini tidak menang. Kita mestilah berdiri di atas kaki sendiri, di atas keupayaan sendiri.

Apa yang lebih penting ialah untuk mencapai kejayaan, Sang Kenari mestilah bersiap sedia sepanjang masa untuk menghadapi segala bentuk rintangan dengan kibaran semangat yang berkobar-kobar. Ingat, kejayaan sekali-kali tidak akan bertandang jika kita tidak membuka pintu perjuangan.

Sabtu nanti Hijau Kuning akan terus berjuang. Hijau Kuning akan melayani kunjungan UPB Myteam untuk melengkapi perlawanan pertama pusingan ke dua Piala FA.

Saya ingin bersikap realistik. Dalam iklim yang tidak menentu ini, kemenangan yang dicapai (jika mampu dicapai) adalah sudah memadai, tanpa mengambilkira faktor jaringan yang terhasil.

UPB Myteam tentunya sudah mengkaji corak permainan kita, walaupun pada pertembungan liga sebelum ini mereka tewas. Sabtu nanti jika kita mampu membolosi gawang lawan dengan jumlah gol yang selesa, itu adalah satu kredit. Tetapi ingat, mereka hanya tewas tipis sebelum ini. Dan ingat, mereka telah mengalahkan Selangor selepas itu.

Menjelang pertarungan tersebut, apa yang kita semua harapkan adalah agar mutu persembahan anak-anak buah Azrai akan kembali menyerlah seperti dahulu.

Kita sebenarnya rindu untuk menyaksikan hantaran silang yang mengelirukan. Kita rindu untuk melihat bola yang dirembat menerjah menggegar jaring pasukan lawan. Kita rindu untuk menonton anak-anak watan serta pemain import tempatan berganding bahu untuk melakar kejayaan demi kejayaan.

Ayuh, lakukanlah Hijau Kuning!

Selamat Berjuang

-abracadabra HKC-

15 February 2009

Jemputan Menyertai Kejohanan Futsal

KEJOHANAN FUTSAL
PIALA PENGARAH PUSAT SUKAN UNIVERSITI MALAYA

(TERBUKA KEPADA SEMUA WARGA MALAYSIA)

Anjuran
PERSATUAN MAHASISWA KEDAH UNIVERSITI MALAYA
&
PUSAT SUKAN, UNIVERSIT MALAYA

TARIKH
14 - 15 MAC 2009

TEMPAT
PUSAT SUKAN UNIVERSITI MALAYA

HADIAH
1st : RM 1 200 + Medal + Piala Pusingan
2nd : RM 800 + Medal
3rd : RM500 + Medal
4th : RM200 + Medal

Yuran penyertaan
RM 100 per team

Berminat, sila hubungi :-
Al Hafiz - 0132579465
Shariza - 0132006839

Tarikh tutup penyertaan :
13 MAC 2009


FIZIKAL SIHAT, MINDA CERDAS, VARSITI CEMERLANG

12 February 2009

Sukan PERMADAH (SUPER '09)



Persatuan Mahasiswa Kedah, Universiti Malaya akan mengadakan hari sukan bersama ahli keluarga PERMADAH (SUPER'09) pada 15.02.2009 bertempat di Pusat Sukan, Universiti Malaya.
Pelbagai acara diadakan seperti Futsal, Bola Tampar, Bola Jaring dan banyak lagi.

-Anjuran Kelab Sukan PERMADAH-

11 February 2009

Kemenangan Sulung Kedah

KEDAH 2 - 0 KL PLUS

Sedikit ulasan mengenai game semalam..

Suasana stadium yg agak suram,lebih kurang dalam 10k saja penyokong yg memenuhi stadium. Turut memeriahkan stadium ialah dengan kehadiran cewek2 dari KL (Datin Maznah pun ada).

Alhamdulillah, banner baru HKC yg pertama berjaya digantung semalam & maybe dah membantu membakar semangat player. Banner yg kedua masih dalam proses pembikinan. Kredit to Black yg bersusah payah gantung banner.

Berbalik pada game,agak memeranjatkan apabila tengok line up, nama Nazmi takdak tapi terdapat nama baru yg mengisi kuota player u-20 iaitu Hisham Sofi.Manakala yg berada di bangku simpanan pula Wan Zaim Wan Azizan. Nama Paklong turut tercicir dalam 1st eleven semalam.

Kedah bermula garang di awal permainan dengan gerakan2 pantas yg jelas mengelirukan lawan. Dengan hasil serangan balas, Arul dapat melakukan cubaan dalam kotak penalti tetapi singgah di palang dan seperti biasa Fadly sudah bersedia menunggu hasil bola rebound tersebut & jawapannnya. Goool!!

Pujian harus diberikan buat Hisham, biarpun 1st debut tapi jelas langsung tak nampak nervous dalam permainannya. Dengan aksi yg keras, Hisham banyak membantu barisan pertahanan biarpun kadang kala beliau nampak macam hilang punca, hantaran mudah dibaca lawan & positioning pula melilau. Tapi kira ok la,budak baru...

Permainan mula bergerak hambar apabila kedua-dua pasukan buntu mencari gol. Kedah bermain seolah-olah Marlon masih bersama pasukan dengan banyak melakukan long ball, manakala Azrul yg bertindak selaku target man sering kali kehilangan bola.

Bermula 2nd half, Azrul dikeluarkan & diganti dengan Sam. Kedah mula mengubah taktikal dengan bermain short pass & nyata KL Plus gagal merencana sesuatu untuk memecah benteng Kedah. Kapten & Ustad beraksi cemerlang semalam dengan banyak memintas bola2 pihak lawan. Kredit juga untuk Al-Hafiz yg banyak menyelamatkan cubaan-cubaan pihak lawan dari luar kotak penalti. Biarpun kadang-kadang Al-Hafiz gagal menangkap kemas, biaq bola out sudah laa.

Ada satu ketika,Meen berjaya meloloskan diri di dalam kotak penalti & melepaskan rembatan tapi berlaku reflection & pantas disambar Bad untuk gol kedua.Tapi gol tersebut dibatalkan disebabkan Bad sudah offsaid.
Kedah semakin agresif melakukan serangan & hasil one two Bad dengan Arul kalau xsilap di kawasan kiri gol pihak lawan, berlaku sedikit kelam kabut di depan gol & bola yg melantun di udara singgah tepat di kepala Fadly yg entah bila berada di kawasan gol untuk sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring.

Permainan Sam pula nampak begitu ketara peningkatannya dengan ball control yg baik & skali skala cuba dribble pihak lawan,speed pula jangan cakap la, berdesup.. Kedah kemudian menggantikan Fadly Baharom dengan Sabree Abu.
Kemasukan Sabree Abu tidak sia-sia apabila berjaya menyelamatkan satu cubaan pihak lawan berdekatan garisan gol hasil dari satu sepakan sudut.

Hasil satu serang balas lagi, Arul berjaya menghantar bola kepada Sam di dalam kawasan penalti & dengan turning yg cantik Sam melepaskan satu rembatan kencang untuk menghasilkan gol ke-3, tapi sayangnya terbatal lagi kerana offsaid. Bernafsu sungguh Sam semalam.

Kedah juga hampir-hampir jaringan apabila Arul gagal menyempurnakan peluang ketika pintu gol sudah longgar kawalannya setelah berlaku kelam kabut di depan pintu gol.Arul sekali lagi mensia-siakan peluang di dalam kotak penalti apabila placing yg dilakukan hanya sipi dari sasaran.

Kedah melakukan pertukaran lagi dengan mengeluarkan Meen & digantikan dengan Paklong. Agak-agak boleh bayang tak macam mana Kedah bermain dengan kehadiran Paklong, Arul, Sabree & Hisham di kawasan tengah padang?
Kedah mampu untuk menambah gol kalau tidak kerana Hisham sudah tercedera & tidak boleh diganti.
KL Plus pula terus kian buntu untuk mencari gol & lebih banyak clear bola.

Tamat 90 minit, Kedah 2-0 KL Plus.Tahniah buat pasukan yg berjaya mengutip 3 mata pertama.

- hijaukuning.com -

04 February 2009

Celaru, Keliru, Terharu

Tepat 3.05 petang tadi, Menteri Besar Perak, Ir. Nizar telah mengumumkan pembubaran DUN Perak. Namun sehingga kini masih belum ada pengesahan tentang pembubaran ini kerana belum mendapat pekenan Sultan Perak. Jika pembubaran ini mendapat pekenan Tuanku Sultan, pasti negeri Perak akan menghadapi pilihanraya.
Apapun semua ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat terutamanya rakyat negeri Perak. Politik oh Politik...
Semoga kerajaan baru yang akan mentadbir Perak nanti akan berusah membela nasib masyarakat Melayu khususnya serta rakyat Perak amnya.

23 January 2009

Selamat Bercuti

Sempena Tahun Baru Cina yang akan datang, ramai dalam kalangan kita yang akan pulang ke kampung halaman. Tidak kurang juga yang menyertai aktiviti-aktiviti anjuran persatuan atau kelab yang disertai di pusat pengajian masing-masing.
Bagi ahli Persatuan Mahasiswa Kedah (PERMADAH), mereka akan mengadakan Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) di Keda Bendang Tok Kri, Naka. Program yang lebih dikenali sebagai Program Anak Angkat ini akan bermula pada 25-28 Januari ini akan disertai oleh 80 orang mahasiswa dan mahasiswi UM (tak termasuk aku) dari pelbagai negeri. Selamat berkhidmat kepada masyarakat!
Bagi yang akan pulang ke kampung pada malam ini atau hari-hari berikutnya, Selamat Pulang Ke Kampung halaman. Manfaatkanlah cuti yang ada untuk bersama keluarga tercinta serta sahabat-sahabat sekampung. Futsal jangan dilupakan!
Buar sahabat berbangsa Cina, Selamat Menyambut Tahun Baru.

==> Cuti 23hb Januari - 1hb Februari 2009 <== Yahoo...!

22 January 2009

Keputusan Kelayakan Piala Asia

MAS 0 - 5 UAE

Seperti yang dijangka, Malaysia tercinta kalah lagi. Kali ini dengan jaringan yang lebih besar. Tiada apa yang mampu dikatakan lagi. Keputusan yang dicatat ini telah mengecewakan hampir 15 ribu orang yang menyaksikan perlawanan pada malam ini (termasuk aku la).
20 minit pertama seakan memberi sinar harapan kepada kita bahawa Malaysia mampu mencatat keputusan positif pada malam ini(seri pun jadi la). Namun selepas 20 minit bermain, pemain seakan-akan tiada idea untuk melakukan asakan. Ditambah pulak dengan pengadil perlawanan yang begitu mengecewakan (bukan nak salah pengadil sebab kalah) tapi memang pengadil yang mengadili perlawanan pada malam ini sungguh teruk!
Sampai bila harus kita menanti untuk menyaksikan kebangkitan Malaysia di arena antarabangsa?
Pendapat aku, selagi tampuk pemerintahan FAM tidak ditukar, selagi itulah kita akan kempunan untuk menyaksikan kebangkitan skuad Malaysia di arena antarabangsa! Tahniah kepada penonton yang menbanjiri stadium malam ni. Ramai betoi...

p/s : Puji permainan Khyril Muhaimeen dan Thirumurugan malam ni. Cayalah....

21 January 2009

Kelayakan Piala Asia : MAS VS UAE

VS

Tarikh : 21 Januari 2009
Masa : 8.45 malam
Tempat : Stadium KLFA, Cheras

Malam ni Malaysia bakal bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan pertama Kelayakan Piala Asia. Mampukah Malaysia mengalahkan UEA pada malam ini? Kita tunggu dan lihat keputusan perlawanan pada malam ini.
Perlawanan pada malam ini dilihat sebagai medan terbaik untuk Malaysia memulihkan kembali imej bola sepak yang sudah lama tercalar. Namun jika dilihat berdasarkan ranking terkini, memang sukar untuk kita menewaskan UAE. Malaysia kini berada di ranking 159 Dunia. Waw! Apapun itu hanyalah di atas kertas. Keputusan muktamad akan ditentukan di atas padang kelak.
Selamat Berjaya!!

Barisan Berkemungkinan

Syamsuri

Thiru Norhafiz Aidil Fauzi

Amirul Hardi Indra Khyril

Safee Zaquan

20 January 2009

Pro-M Menang PRK Universiti Malaya


Pilihanraya Kampus (PRK) Universiti Malaya yang berlangsung semalam telah menyaksikan Pro Mahasiswa telah berjaya merampas kembali kepimpinan Majlis Tertinggi Universiti Malaya yang kali terakhir disandang pada tahun 2004.
Daripada 41 kerusi yang dipertandingkan, calon Pro Mahasiswa memenangi sebanyak 21 kerusi manakala bagi kawasan umum sebanyak sembilan kerusi dipertandingkan dan menyaksikan Pro Mahasiswa memenangi lapan kerusi sekaligus mengambil alih kepimpinan Majlis Tertinggi. Pengumuman kemenagan Pro Mahasiswa ini dibuat oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaya Prof Madya Dato' Dr Azarae Idris pada jam 3.30 pagi tadi.
Apa yang aku lihat di sini adalah tsunami politik yang melanda negara pada ketika ini turut merebak ke dalam kawasan kampus. Rata-rata mahasiswa ingin melihat perubahan terutama tentang kebajikan mahasiswa yang menuntut di Universiti Malaya ini.
Aku amat berharap wakil yang dipilih kali ini benar-benar mengotakan apa yang tercatat dalam manifesto masing-masing demi menjaga kebajikan mahasiswa yang agak 'tersepit' ketika ini.
Bagi calon Pro Aspirasi, diharap dapat bekerjasama samada secara langsung atau tidak langsung dengan MPP yang baru demi kebaikan mahasiswa bersama. Jadikan kekalahan ini sebagai iktibar dan berusaha memperbaiki segala kelemahan yang ada.
'UM IS ONE'

POSTING SULUNGKU


Hari ini tanggal 19hb Januari 2009 aku telah selangkah lagi kehadapan dalam dunia siber yang serba mencabar ini. Setelah sekian lama sekadar menjadi 'pemerhati', akhirnya aku dengan rasminya telah menjadi salah seorang pem'blog'. Selamat bertemu di alam maya! Semua ini dilakukan semata-mata ingin mengikut arus globalisasi yang kian merebak pada masa kini. Dunia blog amat berkesan dalam menyampaikan atau berkongsi idea pada masa kini. Buktinya kemenangan 'besar' pembangkang dalam pilihanraya Umum yang lalu dimana banyak maklumat disalurkan kepada rakyat melalui penulisan blog disamping media-media lain.
Pada tarikh ini juga menyaksikan warga Universiti Malaya menjalankan tanggungjawab mereka untuk memilih pemimpin dalam kalangan mahasiswa. Pelbagai isu hangatyang timbul dalam Pilihanraya Kampus pada tahun ini. Paling menarik perhatian adalah mengenai isu penemuan kepala babi di dalam Surau Akademi Pengajian Islam. Siapa agaknya yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini ya? Semoga 'insan' yang melakukan perbuatan ini akan berubah! Aku juga melihat bahawa Pilihanraya Kampus pada kali ini lebih hangat berbanding sebelumnya. Walaupun begitu, diharap pilihanraya ini bukanlah sebagai medan untuk kita bermusuh sesama Islam. Bersatulah dalam menegakkan Islam!
Setakat ini dahulu 'posting' sulung yang sempat ditulis. Akhir kalam, semoga berjumpa lagi..