28 February 2009

Program di Raudhatus Sakinah

Alhamdulillah ana dengan sahabat-sahabat PERMADAH yang lain selesai menjalankan satu program di Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah. Program ini dijayakan oleh seramai 20 orang mahasiswa/mahasiswi PERMADAH UM. Antara objektif program ini adalah untuk membantu remaja membina keyakinan diri dan pembentukkan remaja dalam aspek amalan dan nilai keIslaman.
Pelbagai pengalaman menarik yang ana dapat melalui program ini terutamanya ketika berhadapan dengan remaja-remaja yang sebelum ini mempunyai masalah keruntuhan akhlak. Antaranya ialah hubungan seks luar nikah, murtad, blak metal dan sebagainya. Sesungguhnya pengalaman bersemuka dengan mereka memberi 1001 pengalaman baru kepada ana. Semoga perubahan yang ada pada mereka berkekalan.
Sedikit latar belakang tentang Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah.

Raudhatus Sakinah (RA) diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja yang menjadi mangsa gejala sosial. RS berusaha membantu remaja-remaja ini agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama.

RS telah beroperasi sejak Ogos 1998 di bawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia. Didaftarkan secara rasmi di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Memberi Khidmat dan Bimbingan seperti Bimbingan Rohani, Bimbingan Bina Diri, Riadah, Rekreasi dan Kesenian serta Kemahiran Diri.

No comments:

Post a Comment