22 March 2011

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)


Sekolah Kebangsan Bandar Baru Sungai Lalang. Sekolah dimana aku menjalani PBS. Program yang diwajibkan kepada semua guru pelatih sebelum menjalani praktikum mengajar. Sekolah ni baru dibuka pada tahun 2001. 11 tahun usia sekolah ni. Muda lagi. :)

Hari ni merupakan hari ketiga aku buat PBS. Seronok. Maklum la dah lama tak masuk sekolah. Hari pertama hanya santai dalam perpustakaan. Cari maklmumat tentang sekolah ni.

Masuk hari kedua, dah ada sedikit kerja. hehehe. Keja kat sini kena cari sendiri. Tolong cikgu kat sini latih pelajar untuk berpidato. Pertandingan pada hari Sabtu ni, 26 March 2011. Tengahari plak dapat arahan kena ganti kelas darjah 6A3.



Masuk kelas aku tak buat apa pun. Just suruh pelajar siapkan tugasan yang cikgu bagi. Selepas tu berkenalan sikit-sikit dengan murid. Boleh la....

Hari ni hari ketiga. skrip macam hari pertama. Siapkan tugasan yang diberi pensyarah dalam pusat sumber. Tengahari nanti mungkin akan kena ganti kelas lagi... :)

Tapi sekrang, masa untuk aku melangkah ke kantin. hehehehe.. Zaaaas...


16 March 2011

Minat Punya Pasal...

Kerana minat, fulus jadi mangsa. Hehehe. Tanggal 14 Mac 2011 iaitu hari Isnin aku dengan rasminya telah memiliki DSLR Nikon D5000. Setelah sekian lama mengidam, akhirnya dapat juga pada aku

Walaupun model ni agak lama (tak lama sangat sebab baru setahun lebih dilancarkan), tapi aku bangga memilikinya. Harga? erm.. RM2000 ++ jer. Pas ni boleh klik-klik sana-sini. hehehe :)





p/s : Model mcm aku beli ni Nikon dah tak keluarkan. :). Aku generasi terakhir yang beli. hehehe

11 March 2011

Kursus Bina Insan Guru (BIG)

Alhamdulillah aku dan sahabat-sahabat seperjuangan KPLI telah selamat dan selesai menjalani kursus Bina Insan Guru yang diwajibkan kepada semua bakal guru di Malaysia pada 7-10 Mac 2011 di Tanjung Uda River Resort.

Memang best sangat walaupun penat. Paling aku best ialah ketika aktiviti mendaki bukit dan berkayak. Walaupun dah penah dengan aktiviti ni, tapi kali ni lain dari yang lain. hahaha.. (maybe sebab ada orang tu kot).. :)

Aku rasa aku akan merindui detik-detik macam ni suatu hari nanti. Kerjasama yang diberikan telah melayakkan kami dihargai sebagai kumpulan yang terbaek yang pernah ada sepanjang program BIG diadakan pada semester ini.

Di tambah pulak dengan kehadiran jurulatih-jurulatih berpengalaman yang dah lama tak menyertai BIG, sememangnya kami amat rasa bertuah. hehehe. Terima kasih ya kepada Encik Badrul, Encik Muzafar, Encik Zack, Encik Nazry, Ustaz Zul, dan kepada Kem Kom kami iaitu Tuan Hj. Hamid.

Lepas ni ada satu lagi program yang seakan-akan BIG iaitu Perkhemahan Unit Uniform. Kita jumpa di sana........ :)


Bersama dengan sahabat-sahabat di Kebun Sayur, Setiawan.



Berkayak di muara sungai :). Bessssst...



Mase ni di puncak bukit kat Lumut. Penaaaat :)



Hahaha. Menunggu cendol yang tak kunjung tiba (jurulatih tipu cakap ada penjual cendol di puncak bukit)



Ermmm.... Senyum.... Tak perlu kata apa-apa.. :)

06 March 2011

Pasar Malam Sekitar Lembah Klang

Sejak dua menjak ni aku kerap plak berkunjung ke Pasar Malam. Pantang ja ada pasar malam, pasti aku akan hinggap. Mungkin disebabkan jemu dengan makanan yang dibeli di kedai makan. Di pasar malam boleh dapat makanan yang lagi fresh.. :)

Kat sini aku nak senaraikan pasar malam yang ada di sekitar Kuala Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya untuk memudahkan aku berkunjung ke sana. hehehehe



ISNIN
Seksyen 1 Wangsa Maju
Taman Len Seng, Cheras
Jalan Air Panas, Setapak
Kampung Kerinchi, Bangsar (I)
Sentul Pasar Dalam 4B
Jalan Kangsar Off Jalan Ipoh
Desa Pandan, Kampung Pandan
Taman Miharja Fasa II
Taman Koop Polis Fasa 2
Taman Sri Sinar, Segambut
Taman Sri Murni

SELASA
Taman Desa Bakti, Selayang
Seksyen 17, Petaling Jaya
Kampung Kasippillay Off Jalan Ipoh
Rumah Pangsa Razak Mansion
Jalan Bangsawan, Bandar Tun Razak
Taman Datuk Senu, Sentul
Rumah Pangsa Gombak 1A
Taman Kok Lian, Segambut
Kampung Pasir Lama Off Jalan Klang Lama
Rumah Panjang 1A, Jinjang
Taman Pertama, Cheras
Jalan Chemur, Pekeliling
Taman Sri Petaling, Sungai Besi
Jalan Air Bah, Setapak
Taman Intan Baiduri, Kepong
Jalan 133 Kepong
Jalan 25/56, Keramat Wangsa

RABU
Taman Desa Petaling
Kuchai Enterprenurs Park
Jalan Kolam Air Off Jalan Ipoh
Rumah Pangsa Sri Melaka, Cheras
Jalan K, Taman Batu, Segambut
Taman Connought, Cheras
Taman Beringin, Jinjang
Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi
Kuaters Hospital Kuala Lumpur
Pantai Dalam, Bangsar
Jalan Wira, Kampung Pandan
Jalan Gempita, Salak Selatan
Seksyen 10, Wangsa Maju
Rumah Pangsa Sri Pahang, Bangsar
Jalan 2A/146, Desa Tasek, Sg Besi
Jalan Batu 2, Taman Batu Muda

KHAMIS
Jalan Ikan Emas, Cheras
Jalan Berhala, Brickfield
Jalan Hujan Emas, OUG
Flat Sri Terengganu, Sentul
Taman Sri Rampai, Setapak
Taman Taynton, Cheras
PKNS, Jalan Kuching
Jalan Kas-Kas, Taman Cheras
Kampung Haji Abdullah Hukum, Bangsar
Taman Sri Sentosa, Klang Lama
Pasar Malam Awam Bandar Tun Razak
Jalan 4/146, Bandar Tasek Selatan
Jalan A1/6, Taman Setapak Indah

JUMAAT
Taman Melati, Gombak
Taman Desa Off Jalan Klang Lama
Taman Mastiara, Segambut
Jalan Sibu 6, Taman Wahyu
Taman Segar, Cheras
Taman Kok Doh, Segambut
Taman Sri Endah, Sungai Besi
Jalan Ang Seng, Brickfield
Bandar Baru Sentul
Kampung Cheras Baru, Cheras
Kg Kerinchi, Bangsar (J)
Jalan 20/2A, Taman Wilayah Selayang
Jalan 31/10A, Taman Perindustrian IKS

SABTU
Taman Bukit Anggerik, Cheras
Lorong Tuanku Abdul Rahman
Jalan Udang Siar, Segambut
Pekan Sungai Besi
AU2 Keramat
Jalan Rejang, Setapak Jaya
Jalan Kelab, Jinjang
Taman Sungai Besi
Taman Miharja Fasa 1
Jalan Lazat, Happy Garden
Pantai Dalam, Bangsar
Taman Midah, Cheras
Taman Sri Bintang, Kepong
Taman Koop Polis Fasa 1
Pasar Malam Awam Bandar Tun Razak

AHAD
Titikaya, Jinjang
Jalan Semarak, Setapak
Taman Maluri, Cheras
Jalan Selesa, Happy Garden
Jalan Telawi Bangsar
Taman Bukit Maluri, Kepong
Taman Tun Dr. Ismail
Jalan Mergastua, Kepong
Jalan Kelapa Gading, Segambut
Rumah Pangsa Sri Selangor, San Peng
Taman Sri Kuching, off Jalan Ipoh

p/s : Kawasan yang aku BOLD kan tu adalah yang terdekat dengan rumah aku. Setiap ari ada pasar malam... Bessst oo.. :)

Dilamun Cinta????

Puas aku malam ni dapat keluar pusing-pusing Kuala Lumpur melihat keindahan malam (indah ka??) di bandaraya KL. Rasanya dah berbulan-bulan aku tak merayau-rayau di Kotaraya KL pada waktu malam. Layaaaan gak.

Selepas puas merata ceruk aku merayau, tiba masa aku balik ke rumah. Waktu aku sampai di pintu lift apartment aku tu, jam di tangan aku dah menunjukkan pkul 1.05 pagi. Dah lewat rupanya aku. Sampai tak sedar. Lama tak tidor lewat macam ni. :)



Sampai ja di rumah (tingkat 10), macam biasa tangan aku akan menekan button ON pada lappy aku ni. Tapi sambil menunggu lappy aku panas, aku p sembahyang Isya dulu (perlu ka aku bg tau?? hehehe. Selesai ja sembhyang, aku terus log in ke Facebook. Buka saja FB, terus terjumpa NOTE FB yang bertajuk JANGAN TERLALU BAIK,SAYA AKAN MERINDUI AWAK.

Aduuuh. Bile aku baca note tu, betul-betul kena kepada batang hidung aku. So, aku copy dan paste kat bawah ni untuk aku kongsi same-same note yang betul-betul kena dengan diri aku ketika ni.

JANGAN TERLALU BAIK,SAYA AKAN MERINDUI AWAK..



Malam tadi, sambil rehatkan diri sempat juga aku capai satu majalah yang baru saja aku beli. Majalah tu keluaran November 2008. Aku baca satu artikel… tiba-tiba aku tersenyum keseorangan.

Berikut antara petikan yang buatkan aku tersenyum. Aku terfikir, kenapakah aku tetiba tersenyum setelah membacanya…

“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”

“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”

“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”

“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”

“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”

“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”

TAMAT :)

Aku harap si dia yang aku impikan akan menjadi realiti dalam hidup aku.. ceeeh.. jiwang skit kali ni.. hahahaha