11 February 2011

Masa Depanku

Asslamualaikum. Dah hampir sebulan aku tak update blog. Bukannya tak terlintas, tapi terlalu sibuk dengan urusan dunia baruku.

Apa yang aku nak kongsi di sini adalah bagaimana aku sangat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah memberi cahaya kepada ku untuk aku meneruskan kehidupan ni.

Tarikh 24 Januari 2011 merupakan tarikh yang amat bersejarah dalam hidupku. Pada tarikh ini la aku didaftarkan sebagai pelajar KPLI-SR ambilan Januari 2011 di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala lumpur (dulu Institut Bahasa).

Memang aku sangat teruja di sini. Memang hampir 100% berbeza dengan sistem pembelajaran di universiti. Rasa macam dah kembali ke alam persekolahan. Memang seronok la. Ditambah pula dengan sahabat-sahabat baru yang 'sporting' serta terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Di sini aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan aku. Alhamdulallah, doa u all semua sampai kepada aku. Aku juga berdoa agar ahli keluarga aku serta sahabat-sahabat aku akan terus mendapat kebahgiaan hidup di dunia dan akhirat.

Terima Kasih semua.




No comments:

Post a Comment