20 January 2009

POSTING SULUNGKU


Hari ini tanggal 19hb Januari 2009 aku telah selangkah lagi kehadapan dalam dunia siber yang serba mencabar ini. Setelah sekian lama sekadar menjadi 'pemerhati', akhirnya aku dengan rasminya telah menjadi salah seorang pem'blog'. Selamat bertemu di alam maya! Semua ini dilakukan semata-mata ingin mengikut arus globalisasi yang kian merebak pada masa kini. Dunia blog amat berkesan dalam menyampaikan atau berkongsi idea pada masa kini. Buktinya kemenangan 'besar' pembangkang dalam pilihanraya Umum yang lalu dimana banyak maklumat disalurkan kepada rakyat melalui penulisan blog disamping media-media lain.
Pada tarikh ini juga menyaksikan warga Universiti Malaya menjalankan tanggungjawab mereka untuk memilih pemimpin dalam kalangan mahasiswa. Pelbagai isu hangatyang timbul dalam Pilihanraya Kampus pada tahun ini. Paling menarik perhatian adalah mengenai isu penemuan kepala babi di dalam Surau Akademi Pengajian Islam. Siapa agaknya yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini ya? Semoga 'insan' yang melakukan perbuatan ini akan berubah! Aku juga melihat bahawa Pilihanraya Kampus pada kali ini lebih hangat berbanding sebelumnya. Walaupun begitu, diharap pilihanraya ini bukanlah sebagai medan untuk kita bermusuh sesama Islam. Bersatulah dalam menegakkan Islam!
Setakat ini dahulu 'posting' sulung yang sempat ditulis. Akhir kalam, semoga berjumpa lagi..

1 comment: