24 June 2012

Preveku Biniku... Syukur Kepada Allah

Alhamdulillah. Tanggal 16 Jun 2012 merupakan satu hari yang amat bersejarah dalam hidup aku. Mana taknya, ni la kali pertama sepanjang hidup aku beli aset  guna wang hasil titik peluh sendiri. Dah la lama aku dok berangan nak ada keta sendiri. Akhirnya, Allah tunaikan gak impian aku ni dalam jangka masa yang amat singkat. Syukur kepadaMu Ya Allah.

Lagi satu nak dijadikan rezeki, plat WWW akhirnya jadi milik aku juga. Ramai orang tanya, ko tempah berapa ribu, Ikhwan? Jawapan, REZEKI aku. Aku tak tempah pun. Setelah aku kecewa tunggu plat KDG34 (masuk tender, tapi tak tahan menunggu), Sale Advisor plak ayik call kata keta dah ada, last-last aku  cakap ON ja la nombot apapun... Tup-tup... nah nombor ko.. WWW4429. Perghhhh.... Memang terbaek laaah!!!! Syukur kepada Allah juga



.p/s : Misi besar yang pertama dah selesai. Lepas nak nak tumpu kepada misi besar kedua plak. hahaha. Misi apa??? Sama-sama kita nantikan.  




Perjumpaan Preve Owner Club (PREVOC) kali kedua. Kali pertama aku x join sebab blum ada keta masa tu... hehe

Baris sedia....

Bersama adik-beradik yang lain... hehehe

08 June 2012

DEMAM EURO KEMBALI



EURO 2012

Sekejab lagi bakal berjalan sepak mula EURO 2012. Bagi kaki bola, kejohanan EURO adalah nombor 2 selepas Piala Dunia. Aku seperti biasa masih setia memberi sokongan kepada pasukan England. Aku yakin pasukan England boleh p jauh dalam EURO kali ni. Hahaha. Walaupun aku sokong England, tapi jauh di sudut hati aku mengatakan bahawa JERMAN akan menjuarai EURO kali ni. Sori na England.. Aku ni realistik.. hahaha..

Pertarungan baru bermula. Selamat ber'demam' bola sepak sepanjang bulan Jun ni. Kalau pasukan hangpa kalah, semoga cepat sembuh la na dari demam tu.. hehehehe..

Semoga berjaya wira-wira ENGLAND dan Jerman....

Pasukan England

Pasukan Jerman

20 May 2012

Pameran Raja Kita


Hujung minggu ni aku tak tau nak ke mana. Langsung tak dak idea nak buat apa. Bangun pagi-pagi online. Pas tu sambung tidor balik. hahaha.. Lepas bangun buat kali kedua tu, tiba-tiba teringat plak nak melawat Istana Negara yang lama. Minggu lepas ada membe ajak p situ. Tapi sebab ada keja lain, terpaksa ditangguhkan. Tapi hari ni aku free. So, aku pun rojer sorang membe ni join aku ke Istana Negara.

Teruja tu memang ada bila kaki menjejak ke Istana Negara yang lama ni. Tapi bila dah masuk ke dalam, bagi aku biasa-biasa ja. Tak dak yang menarik sangat. Tak dak beza pun seperti melawat Muzium Negara. Layan ja la gambar-gambar yang sempat aku dan sorang membe ni ambik.

 Laluan utama masuk ke Istana Negara yang lama.

 Singgahsana Agong. Tapi aku tak pasti yang ni di kedudukan asal atau telah diubah ke sudut pameran ni.

Tengkolok



 Benda ni ialah Mohor Besar Raja-Raja. 

Koleksi kamera yang dimiliki oleh Tuanku Sultan Abdul Halim. Seorang peminat dunia photografi. Sama ngan aku. hehe.


Pusing pi, pusing mai, yang ni ja kot yang menarik. Yang lain-lain tu semua penerangan tentang latar hidup YDP Agong sekarang ni. Sebenarnya banyak lagi peralatan yang dipamerkan. Tapi aku malas nak tembak gambar banyak-banyak. Ramai sangat manusia kat dalam tu.

Kepada yang belum melawat tu, boleh la rancang ke sana. Sekurang-kurangnya kalau orang tanya, kita boleh jawab "Ya, aku dah penah masuk ke situ". :D

25 March 2012

Bersantai di Hujung Minggu

Alhamdulillah. Hari ini merupakan antara hari yang cukup tenang. Rasa macam dah lama aku tak nikmati cuti yang aman macam ni. Puas gak la hari ni. Dapat rilek yang cukup. Tengahari tadi sempat beriadah di Ulu Yam. Ikut sedara angkat yang ada di sini. Sejuuuk ja tempat tu. Time tu teringat plak aku kat kampung sendiri.  Kalau aku pi dgn kawan-kawan, soheh lagi meriah. Tapi.... yahooo, esok sekolah baliik..



Berselera si Anep ni makan...


Best gak sekali-sekala macam ni. Harap lepas ni ada lagi peluang untuk mandi-manda di sini. Zaaas...

24 March 2012

Badminton Axiata Cup

Bosan hujung minggu tak tau nak ke mana, tiba-tiba plak rasa nak tengok badminton. Teruih start moto bergerak ke Stadium Badminton Kuala Lumpur yang terletak di Cheras. Hari ni game Malaysia Tiger vs Thailand. Aku sempat tengok perlawanan pertama ja. Hafiz hashim beremu Boonsak Polsana. Kesudahan game, Hafiz menang 21-19, 21-16. Selepas tu aku gerak balik rumah sebab nak layan bola sepak 'live' Kedah vs T.Team. :)












Walaupun injured, lagend tetap datang bagi sokongan pada rakan-rakan yang lain.

18 March 2012

Proton Power of 1

Hari ni baru aku sempat berkunjung ke pameran proton yang terbesar, POWER OF 1 di perkarangan stadium Nasional Bukit Jalil. Memang besar pameran ni. Aku pun tak sempat nak melawat semua pameran. Banyak sangat. Kebetulan waktu aku ke sana tu plak, matahari sedang terpacak atas kepala. Tapi yang penting, matlamat aku nak tengok kereta terbaru proton tercapai jugak akhirnya.. Proton yang belum diberi nama. Hanya ada kod iaitu P321A. Mantaaap!!!
Aku juga bertuah pada hari ni sebab boleh tengok secara langsung Juara Rally Sweden, Alister McRae dengan jentera Satria Neo S2000. Sangat mengujakan!!!
Alister McRae
Jentera SATRIA NEO S2000
Pertunjukan Kereta F1 Lotus pun ada dan berbagai-bagai lagi pameran... Sangat menarik.
Kereta Proton akan datang.
Tu saja cerita dan gambar yang aku nak kongsi kat sini. Harap akan ada lagi pameran macam ni pada masa akan datang...

13 March 2012

Cuti Penggal Pertama



Baru sempat nak ber'update' blog. Mood tiba-tiba rajin nak update blog.. Paseipa tak tau.. hehehe..

Tup tap.. tup tap.. dah hari Selasa. Tinggal 5 hari saja lagi untuk aku 'merehatkan' diri daripada kerja yang berlambak di sekolah. Fuuuhhh....

Selamat Bercuti kepada yang berkenaan.. hehehe