31 December 2010

Selamat Tinggal 2010, Selamat Datang 2011


Selamat menyambut tahun baru diucapkan kepada semua sahabat yang mengenali diri aku. Pejam celik, pejam celik, dah pun nak masuk tahun 2011.

Bagi aku, tahun 2010 mempunyai pelbagai cerita menarik yang berlaku dalam hidupku. Kisah gembira dan duka semua tu memberi kelainan kpd hidupku dalam 2010.


Awal 2010 menyaksikan aku menerima 'sahabat-sahabat' baru. Aku pun tak menyangka semua ni akan berlaku. Apepun, syukur kerana dianugerahkan sahabat seperti mereka. Nama-nama seperti Kak Eija, Kak Zira, Amirul Syazwan I & II, Keyo, Fadeil, Zulkhairul, Farah Nana, FaFa, Aretul, Adlina, Anis, Tusy, Krol, Ashraf dll (yg x ditaip jgn terasa tau) tak akan aku lupakan. Korang memang best!!!

Pertengahan 2010 merupakan antara tahun yang bertuah dalam hidup aku kerana pada tahun ini la aku telah dianugerahkan segulung ijazah daripada Universiti Malaya. UM is ONE! Syukur kepada Allah. Terima kasih juga kepada ahli keluarga serta sahabat yang terlalu banyak membantu aku dalam menamatkan pengajian.

Akhir 2010 merupakan tahun yang pasti tidak akan dilupakan oleh sahabat baik aku iaitu Hasry kerana beliau telah kehilangan serentak kedua ibu bapanya dalam kemalangan jalanraya. Alfatihah buat arwah. Aku juga turut merasa kehilangan ibubapanya. Memang rapat dengan famili tu sejak dibangku sekolah.

2010. Pelbagai kisah yang berlaku. Semoga kehadiran 2011 yang akan datang beberapa jam lagi akan memberi kita lebih banyak kebaikan. SELAMAT TAHUN BARU