28 March 2009

Hasil Tugasan Kaligrafi Melayu

Alhamdulillah dalam sibuk sepanjang bulan Mac ni, akhirnya aku berjaya juga menyiapkan tugasan dalm jangkamasa yang ditetapkan. huh.. Lega.. Tapi baru sebahagian... Ada lagi lepas ni tugasan yang nak kena hantar... Gambar kat bawah ni antara tugasan yang aku siapkan dalam Semester ni.. huhhuhuhu...

20 March 2009

Lagu Tema Baru PDRM

TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH

Penat dan lenguh di PULAPOL! Begitulah yang dapat aku gambarkan. Aku dan sahabat-sahabat SUKSIS yang lain baru sahaja selesai menjalani raptai penuh perbarisan sempena Sambutan Ulangtahun Peringatan Penubuhan PDRM yang ke 202. Majlis yang akan diadakan pada 25 Mac (Rabu) ini akan dihadiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan disiarkan secara langsung melalui TV1 dan TV3.
Apa yang menerik perhatian aku sekitar raptai pada hari ini ialah tentang lagu tema baru PDRM iaitu Tegas, Adil dan Berhemah serta kemunculan kenderaan terbaru PDRM iaitu Mitshubishi Evolution 10 (25 buah) dan motosikal Honda ST 1300 (400 buah).. Hebat wooo...

TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH
Tegas, adil dan berhemah,
Citra pasukan bermaruah
Setia sepakat mengatur langkah
Pertahan bumi bertuah

Di bawah naungan Diraja
Lambang Kedaulatan Nusa dan Bangsa
Sumpah setia khidmat untuk negara
Pengaman adil saksama

Bekorban demi pertiwi
Kepada rakyat dicurah bakti
Berjiwa murni berintegriti
Berhemah tinggi...

Sedia curah bakti
Perwira paksi pertiwi
(ulang rangkap 1)

16 March 2009

Futsal Piala Pengarah Pusat Sukan


Alhamdulillah seperti yang dirancang, Kejohanan Futsal Piala Pengarah Pusat Sukan anjuran PERMADAH telah terlaksana dengan jayanya pada 14 & 15 Mac. Kejohanan ini telah berlangsung selama dua hari di Gelanggang Futsal Fakulti Undang-Undang UM. Kejohanan Edisi Kedua ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 40 pasukan dari sekitar Lembah Klang.

Pasukan Chipsmore dari UM telah berjaya memenangi hadiah tempat pertama iaitu RM 1200, medal dan piala pusingan. Tempat kedua dimenangi oleh pasukan Selayang Utama FC, tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Medan Goodwil dan tempat keempat dimenangi oleh pasukan Playground.

Tahniah kepada Majlis Tertinggi projek serta ahli keluarga PERMADAH kerana memberi komitmen yang tinggi bagi merealisasikan kejohanan ini.