24 June 2012

Preveku Biniku... Syukur Kepada Allah

Alhamdulillah. Tanggal 16 Jun 2012 merupakan satu hari yang amat bersejarah dalam hidup aku. Mana taknya, ni la kali pertama sepanjang hidup aku beli aset  guna wang hasil titik peluh sendiri. Dah la lama aku dok berangan nak ada keta sendiri. Akhirnya, Allah tunaikan gak impian aku ni dalam jangka masa yang amat singkat. Syukur kepadaMu Ya Allah.

Lagi satu nak dijadikan rezeki, plat WWW akhirnya jadi milik aku juga. Ramai orang tanya, ko tempah berapa ribu, Ikhwan? Jawapan, REZEKI aku. Aku tak tempah pun. Setelah aku kecewa tunggu plat KDG34 (masuk tender, tapi tak tahan menunggu), Sale Advisor plak ayik call kata keta dah ada, last-last aku  cakap ON ja la nombot apapun... Tup-tup... nah nombor ko.. WWW4429. Perghhhh.... Memang terbaek laaah!!!! Syukur kepada Allah juga



.p/s : Misi besar yang pertama dah selesai. Lepas nak nak tumpu kepada misi besar kedua plak. hahaha. Misi apa??? Sama-sama kita nantikan.  




Perjumpaan Preve Owner Club (PREVOC) kali kedua. Kali pertama aku x join sebab blum ada keta masa tu... hehe

Baris sedia....

Bersama adik-beradik yang lain... hehehe

08 June 2012

DEMAM EURO KEMBALI



EURO 2012

Sekejab lagi bakal berjalan sepak mula EURO 2012. Bagi kaki bola, kejohanan EURO adalah nombor 2 selepas Piala Dunia. Aku seperti biasa masih setia memberi sokongan kepada pasukan England. Aku yakin pasukan England boleh p jauh dalam EURO kali ni. Hahaha. Walaupun aku sokong England, tapi jauh di sudut hati aku mengatakan bahawa JERMAN akan menjuarai EURO kali ni. Sori na England.. Aku ni realistik.. hahaha..

Pertarungan baru bermula. Selamat ber'demam' bola sepak sepanjang bulan Jun ni. Kalau pasukan hangpa kalah, semoga cepat sembuh la na dari demam tu.. hehehehe..

Semoga berjaya wira-wira ENGLAND dan Jerman....

Pasukan England

Pasukan Jerman