20 January 2009

Pro-M Menang PRK Universiti Malaya


Pilihanraya Kampus (PRK) Universiti Malaya yang berlangsung semalam telah menyaksikan Pro Mahasiswa telah berjaya merampas kembali kepimpinan Majlis Tertinggi Universiti Malaya yang kali terakhir disandang pada tahun 2004.
Daripada 41 kerusi yang dipertandingkan, calon Pro Mahasiswa memenangi sebanyak 21 kerusi manakala bagi kawasan umum sebanyak sembilan kerusi dipertandingkan dan menyaksikan Pro Mahasiswa memenangi lapan kerusi sekaligus mengambil alih kepimpinan Majlis Tertinggi. Pengumuman kemenagan Pro Mahasiswa ini dibuat oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaya Prof Madya Dato' Dr Azarae Idris pada jam 3.30 pagi tadi.
Apa yang aku lihat di sini adalah tsunami politik yang melanda negara pada ketika ini turut merebak ke dalam kawasan kampus. Rata-rata mahasiswa ingin melihat perubahan terutama tentang kebajikan mahasiswa yang menuntut di Universiti Malaya ini.
Aku amat berharap wakil yang dipilih kali ini benar-benar mengotakan apa yang tercatat dalam manifesto masing-masing demi menjaga kebajikan mahasiswa yang agak 'tersepit' ketika ini.
Bagi calon Pro Aspirasi, diharap dapat bekerjasama samada secara langsung atau tidak langsung dengan MPP yang baru demi kebaikan mahasiswa bersama. Jadikan kekalahan ini sebagai iktibar dan berusaha memperbaiki segala kelemahan yang ada.
'UM IS ONE'

No comments:

Post a Comment