23 January 2009

Selamat Bercuti

Sempena Tahun Baru Cina yang akan datang, ramai dalam kalangan kita yang akan pulang ke kampung halaman. Tidak kurang juga yang menyertai aktiviti-aktiviti anjuran persatuan atau kelab yang disertai di pusat pengajian masing-masing.
Bagi ahli Persatuan Mahasiswa Kedah (PERMADAH), mereka akan mengadakan Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) di Keda Bendang Tok Kri, Naka. Program yang lebih dikenali sebagai Program Anak Angkat ini akan bermula pada 25-28 Januari ini akan disertai oleh 80 orang mahasiswa dan mahasiswi UM (tak termasuk aku) dari pelbagai negeri. Selamat berkhidmat kepada masyarakat!
Bagi yang akan pulang ke kampung pada malam ini atau hari-hari berikutnya, Selamat Pulang Ke Kampung halaman. Manfaatkanlah cuti yang ada untuk bersama keluarga tercinta serta sahabat-sahabat sekampung. Futsal jangan dilupakan!
Buar sahabat berbangsa Cina, Selamat Menyambut Tahun Baru.

==> Cuti 23hb Januari - 1hb Februari 2009 <== Yahoo...!

22 January 2009

Keputusan Kelayakan Piala Asia

MAS 0 - 5 UAE

Seperti yang dijangka, Malaysia tercinta kalah lagi. Kali ini dengan jaringan yang lebih besar. Tiada apa yang mampu dikatakan lagi. Keputusan yang dicatat ini telah mengecewakan hampir 15 ribu orang yang menyaksikan perlawanan pada malam ini (termasuk aku la).
20 minit pertama seakan memberi sinar harapan kepada kita bahawa Malaysia mampu mencatat keputusan positif pada malam ini(seri pun jadi la). Namun selepas 20 minit bermain, pemain seakan-akan tiada idea untuk melakukan asakan. Ditambah pulak dengan pengadil perlawanan yang begitu mengecewakan (bukan nak salah pengadil sebab kalah) tapi memang pengadil yang mengadili perlawanan pada malam ini sungguh teruk!
Sampai bila harus kita menanti untuk menyaksikan kebangkitan Malaysia di arena antarabangsa?
Pendapat aku, selagi tampuk pemerintahan FAM tidak ditukar, selagi itulah kita akan kempunan untuk menyaksikan kebangkitan skuad Malaysia di arena antarabangsa! Tahniah kepada penonton yang menbanjiri stadium malam ni. Ramai betoi...

p/s : Puji permainan Khyril Muhaimeen dan Thirumurugan malam ni. Cayalah....

21 January 2009

Kelayakan Piala Asia : MAS VS UAE

VS

Tarikh : 21 Januari 2009
Masa : 8.45 malam
Tempat : Stadium KLFA, Cheras

Malam ni Malaysia bakal bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan pertama Kelayakan Piala Asia. Mampukah Malaysia mengalahkan UEA pada malam ini? Kita tunggu dan lihat keputusan perlawanan pada malam ini.
Perlawanan pada malam ini dilihat sebagai medan terbaik untuk Malaysia memulihkan kembali imej bola sepak yang sudah lama tercalar. Namun jika dilihat berdasarkan ranking terkini, memang sukar untuk kita menewaskan UAE. Malaysia kini berada di ranking 159 Dunia. Waw! Apapun itu hanyalah di atas kertas. Keputusan muktamad akan ditentukan di atas padang kelak.
Selamat Berjaya!!

Barisan Berkemungkinan

Syamsuri

Thiru Norhafiz Aidil Fauzi

Amirul Hardi Indra Khyril

Safee Zaquan

20 January 2009

Pro-M Menang PRK Universiti Malaya


Pilihanraya Kampus (PRK) Universiti Malaya yang berlangsung semalam telah menyaksikan Pro Mahasiswa telah berjaya merampas kembali kepimpinan Majlis Tertinggi Universiti Malaya yang kali terakhir disandang pada tahun 2004.
Daripada 41 kerusi yang dipertandingkan, calon Pro Mahasiswa memenangi sebanyak 21 kerusi manakala bagi kawasan umum sebanyak sembilan kerusi dipertandingkan dan menyaksikan Pro Mahasiswa memenangi lapan kerusi sekaligus mengambil alih kepimpinan Majlis Tertinggi. Pengumuman kemenagan Pro Mahasiswa ini dibuat oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaya Prof Madya Dato' Dr Azarae Idris pada jam 3.30 pagi tadi.
Apa yang aku lihat di sini adalah tsunami politik yang melanda negara pada ketika ini turut merebak ke dalam kawasan kampus. Rata-rata mahasiswa ingin melihat perubahan terutama tentang kebajikan mahasiswa yang menuntut di Universiti Malaya ini.
Aku amat berharap wakil yang dipilih kali ini benar-benar mengotakan apa yang tercatat dalam manifesto masing-masing demi menjaga kebajikan mahasiswa yang agak 'tersepit' ketika ini.
Bagi calon Pro Aspirasi, diharap dapat bekerjasama samada secara langsung atau tidak langsung dengan MPP yang baru demi kebaikan mahasiswa bersama. Jadikan kekalahan ini sebagai iktibar dan berusaha memperbaiki segala kelemahan yang ada.
'UM IS ONE'

POSTING SULUNGKU


Hari ini tanggal 19hb Januari 2009 aku telah selangkah lagi kehadapan dalam dunia siber yang serba mencabar ini. Setelah sekian lama sekadar menjadi 'pemerhati', akhirnya aku dengan rasminya telah menjadi salah seorang pem'blog'. Selamat bertemu di alam maya! Semua ini dilakukan semata-mata ingin mengikut arus globalisasi yang kian merebak pada masa kini. Dunia blog amat berkesan dalam menyampaikan atau berkongsi idea pada masa kini. Buktinya kemenangan 'besar' pembangkang dalam pilihanraya Umum yang lalu dimana banyak maklumat disalurkan kepada rakyat melalui penulisan blog disamping media-media lain.
Pada tarikh ini juga menyaksikan warga Universiti Malaya menjalankan tanggungjawab mereka untuk memilih pemimpin dalam kalangan mahasiswa. Pelbagai isu hangatyang timbul dalam Pilihanraya Kampus pada tahun ini. Paling menarik perhatian adalah mengenai isu penemuan kepala babi di dalam Surau Akademi Pengajian Islam. Siapa agaknya yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini ya? Semoga 'insan' yang melakukan perbuatan ini akan berubah! Aku juga melihat bahawa Pilihanraya Kampus pada kali ini lebih hangat berbanding sebelumnya. Walaupun begitu, diharap pilihanraya ini bukanlah sebagai medan untuk kita bermusuh sesama Islam. Bersatulah dalam menegakkan Islam!
Setakat ini dahulu 'posting' sulung yang sempat ditulis. Akhir kalam, semoga berjumpa lagi..