16 September 2011
Persona R ???
Cantek, Menarik dan Da Bomm... Bila tengok kepada 'design' Persona R, terus aku jatuh hati. Memang tip top laaaahh. Menurut sumber-sumber yang boleh disangsikan, kereta ni akan dilancarkan pada suku kedua tahun depan. Kat bawah ni ada sedikit info yang nak aku kongsi tentang Proton Persona R ni.
Menurut sumber, rekaan Persona R ini dinamakan Espire dan mungkin model gantian Persona ini mempunyai 2 nama iaitu Persona untuk pasaran tempatan dan Espire untuk pasaran luar seperti yang dipraktikkan oleh pengeluar lain. Menurut sumber juga, model Persona R dipertunjukkan di KLIMS tempohari adalah rekaan asal dan versi produksi dikatakan telah melalui design review dan mengalami penambahbaikan rekaan.
Menurut sumber, Persona R akan menggunakan enjin terkini Proton iaitu Campro CFE 1.6liter VVT berkuasa 138hp dan 205Nm tork dipadankan dengan kotak gear automatik CVT. Rekaan asal ini sudah baik cuma perlu dikemaskan lagi supaya ianya nampak lebih solid dan bold. Proton perlu meletakkan wiper hujan ke dalam hood untuk mengurangkan rintangan angin dan nampak lebih kemas. Walaupun interiornya belum kita ketahui, pastikan rekaan menepati ciri ergonomik seperti kedudukan stereng yang tegak dan tinggi.
Kedudukan kerusi lebih tinggi akan menambah keselesaan pemanduan. Rekaan side mirror juga nampak seperti boleh menempatkan motor untuk flip dan jika benar pasti Proton nampak lebih prestij. Rekaan rim juga multispoke dengan kontur lurus untuk nampak lebih solid.
p/s : Tahniah kepada Proton & jurutera tempatan.
Pemujuk Hati Yang Lara
Kadang-kadang kita meminta pada Allah setangkai bunga yang indah, tetapi Allah SWT berikan kaktus yang berduri, kita meminta kupu-kupu tapi diberikan ulat , kita pun sedih, kecewa bahkan marah. Namun kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik. Itulah jalan Allah SWT. Indah pada waktunya. Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tetapi memberi apa yang kita perlukan. Kadang-kadang kita sedih, kecewa, terluka, buruk sangka tapi jauh di atas segalanya Allah telah merangka.
Subscribe to:
Posts (Atom)