11 November 2011

Lagi Canteeek Punya...



Ramai yang kecoh bab tarikh ari ni. So, aku pun tak nak ketinggalan nak update gak sempena tarikh yang sangat cun ni.

Kepada Kak Ina (rakan KPLI) selamat mendirikan rumah tangga ya. Maaf la kami tak dapat hadir. Maklumlah minggu-minggu exam ni.

01 November 2011

Canteeek Punya



Lama tak update. Malas!!! Saja update ari ni sebab tarikh cun... So, nak tinggalkan juga kesan sempena tarikh ni..

Semakin tak sabar aku untuk meninggalkan IPG ni. Lagi sebulaaaaan.. Pas tu, yahooo. Bagi bakal-bakal guru KPLI pasti taw sebab apa tak sabar sangat nak berambus dari IPG ni... Fuhhhhh... Penaaaaat kot. 100x ganda beza masa study kat U dulu.. Apapun, syukur dah nak habis dah kat sini. Fokus exam, kursus induksi dan interview SPP..

16 September 2011

Persona R ???






Cantek, Menarik dan Da Bomm... Bila tengok kepada 'design' Persona R, terus aku jatuh hati. Memang tip top laaaahh. Menurut sumber-sumber yang boleh disangsikan, kereta ni akan dilancarkan pada suku kedua tahun depan. Kat bawah ni ada sedikit info yang nak aku kongsi tentang Proton Persona R ni.

Menurut sumber, rekaan Persona R ini dinamakan Espire dan mungkin model gantian Persona ini mempunyai 2 nama iaitu Persona untuk pasaran tempatan dan Espire untuk pasaran luar seperti yang dipraktikkan oleh pengeluar lain. Menurut sumber juga, model Persona R dipertunjukkan di KLIMS tempohari adalah rekaan asal dan versi produksi dikatakan telah melalui design review dan mengalami penambahbaikan rekaan.

Menurut sumber, Persona R akan menggunakan enjin terkini Proton iaitu Campro CFE 1.6liter VVT berkuasa 138hp dan 205Nm tork dipadankan dengan kotak gear automatik CVT. Rekaan asal ini sudah baik cuma perlu dikemaskan lagi supaya ianya nampak lebih solid dan bold. Proton perlu meletakkan wiper hujan ke dalam hood untuk mengurangkan rintangan angin dan nampak lebih kemas. Walaupun interiornya belum kita ketahui, pastikan rekaan menepati ciri ergonomik seperti kedudukan stereng yang tegak dan tinggi.

Kedudukan kerusi lebih tinggi akan menambah keselesaan pemanduan. Rekaan side mirror juga nampak seperti boleh menempatkan motor untuk flip dan jika benar pasti Proton nampak lebih prestij. Rekaan rim juga multispoke dengan kontur lurus untuk nampak lebih solid.

p/s : Tahniah kepada Proton & jurutera tempatan.

Pemujuk Hati Yang Lara



Kadang-kadang kita meminta pada Allah setangkai bunga yang indah, tetapi Allah SWT berikan kaktus yang berduri, kita meminta kupu-kupu tapi diberikan ulat , kita pun sedih, kecewa bahkan marah. Namun kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik. Itulah jalan Allah SWT. Indah pada waktunya. Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tetapi memberi apa yang kita perlukan. Kadang-kadang kita sedih, kecewa, terluka, buruk sangka tapi jauh di atas segalanya Allah telah merangka.

11 August 2011

Sambutan Bulan Patriotik

Sekitar Majlis Sambutan Bulan Patriotik Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa, Rawang.











Kejohanan Oahraga SKBS 2011

17 Julai 2011
Padang SMK. Bukit Sentosa 2, Rawang.













Kembali menaip...




Dah lama tak update blog ni. Banyak benda yang nak diceritakan. Tapi semua tertangguh macam tu ja. Malas mengatasi segalanya. Alahamdulillah hari ni dah masuk hari kesebelas umat Islam sedunia berpuasa. Cukup cepat dan pantas masa berlalu.

2 minggu lagi pulang ke kampung halaman. Yezza.. Dah dekat 2 bulan tak balik. Winduuu semuaaaaa... Meninggalkan Bukit Beruntung buat semnetara waktu.

Salam Ramadan Buat Semua...

05 June 2011

Pasar Malam sekitar Sungai Petani




Salam. Sebelum ni aku ada post tentang pasar malam yang ada sekitar Kerinchi, KL. Tapi hari ni aku nak senaraikan pulak pasar malam yang berada di sekitar Ambangan Height, Sungai Petani. Aku saja update kat sini untuk memudahkan lagi kerja aku membeli belah time aku ada di kampung. :)

Ahad -Bandar Laguna Height
Isnin -Taman Seri Tanjung, Sungai Layar
Selasa -Taman Ria
Rabu -Sungai Lalang
Khamis -Taman Bandar Bharu
Jumaat -Taman Seri Tanjung, Sungai Layar
Sabtu -Sungai Lalang (SMK Amanjaya)

19 May 2011

Selamat Hari Guru....


Entri ni lewat tiga hari aku update berkaitan hari guru. Buat pengetahuan semua, tahun ini adalah tahun yang amat bermakna bagiu aku sebab sambutan hari guru sebelum ni aku hanya ucapkan pada mereka yang bergelar guru.

Kini, aku turut berpeluang merasai ucapan yang diberikan oleh murid, ahli keluarga, sahabat-sahabat bahkan ada juga mendapat ucapan hari guru daripada guru aku sendiri. Terharunya.... Ini la yang dikatakan salah satu nikmat sebagai seorang cikgu.

Kepada bakal-bakal guru, rakan seperjuangan dan guru-guru di Malaysia, SELAMAT HARI GURU. Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara.

02 May 2011

Pesta Buku Antarabangsa KL 11

Dah lama aku tak update blog ni. Dah bersawang sudaaah. Hari ni tergerak plak aku nak update blog ni. Tak da apa yang nak cerita cuma pengalaman melawat Pesta Buku antarabangsa KL ja yang aku nak kongsi.

Memang seronok sangat ke pesta buku kali ni. Orang ramai betul. Nak jalan pun susah. Tapi yang pasti, tak habis pun satu PWTC tu aku jalan sebab banyak sangat gerai yang ada. Tak termampu nak layan semua.

Kepada yang tak sempat melawat tu, tunggu la tahun depan plak. Sebab pesta buku ni dah hbs dah semalam (1Mei 2011). hehehe. Semoga masa akan datang aku boleh jumpa lagi pesta buku mcm ni.. :)


Sempat masuk bengkel Adi Putra :)



cikgu Shida pun ada....



terpegun tengok Cikgu Shida di depan mata. hehehe



Sheila and Syada

22 March 2011

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)


Sekolah Kebangsan Bandar Baru Sungai Lalang. Sekolah dimana aku menjalani PBS. Program yang diwajibkan kepada semua guru pelatih sebelum menjalani praktikum mengajar. Sekolah ni baru dibuka pada tahun 2001. 11 tahun usia sekolah ni. Muda lagi. :)

Hari ni merupakan hari ketiga aku buat PBS. Seronok. Maklum la dah lama tak masuk sekolah. Hari pertama hanya santai dalam perpustakaan. Cari maklmumat tentang sekolah ni.

Masuk hari kedua, dah ada sedikit kerja. hehehe. Keja kat sini kena cari sendiri. Tolong cikgu kat sini latih pelajar untuk berpidato. Pertandingan pada hari Sabtu ni, 26 March 2011. Tengahari plak dapat arahan kena ganti kelas darjah 6A3.



Masuk kelas aku tak buat apa pun. Just suruh pelajar siapkan tugasan yang cikgu bagi. Selepas tu berkenalan sikit-sikit dengan murid. Boleh la....

Hari ni hari ketiga. skrip macam hari pertama. Siapkan tugasan yang diberi pensyarah dalam pusat sumber. Tengahari nanti mungkin akan kena ganti kelas lagi... :)

Tapi sekrang, masa untuk aku melangkah ke kantin. hehehehe.. Zaaaas...


16 March 2011

Minat Punya Pasal...

Kerana minat, fulus jadi mangsa. Hehehe. Tanggal 14 Mac 2011 iaitu hari Isnin aku dengan rasminya telah memiliki DSLR Nikon D5000. Setelah sekian lama mengidam, akhirnya dapat juga pada aku

Walaupun model ni agak lama (tak lama sangat sebab baru setahun lebih dilancarkan), tapi aku bangga memilikinya. Harga? erm.. RM2000 ++ jer. Pas ni boleh klik-klik sana-sini. hehehe :)





p/s : Model mcm aku beli ni Nikon dah tak keluarkan. :). Aku generasi terakhir yang beli. hehehe

06 March 2011

Pasar Malam Sekitar Lembah Klang

Sejak dua menjak ni aku kerap plak berkunjung ke Pasar Malam. Pantang ja ada pasar malam, pasti aku akan hinggap. Mungkin disebabkan jemu dengan makanan yang dibeli di kedai makan. Di pasar malam boleh dapat makanan yang lagi fresh.. :)

Kat sini aku nak senaraikan pasar malam yang ada di sekitar Kuala Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya untuk memudahkan aku berkunjung ke sana. hehehehe



ISNIN
Seksyen 1 Wangsa Maju
Taman Len Seng, Cheras
Jalan Air Panas, Setapak
Kampung Kerinchi, Bangsar (I)
Sentul Pasar Dalam 4B
Jalan Kangsar Off Jalan Ipoh
Desa Pandan, Kampung Pandan
Taman Miharja Fasa II
Taman Koop Polis Fasa 2
Taman Sri Sinar, Segambut
Taman Sri Murni

SELASA
Taman Desa Bakti, Selayang
Seksyen 17, Petaling Jaya
Kampung Kasippillay Off Jalan Ipoh
Rumah Pangsa Razak Mansion
Jalan Bangsawan, Bandar Tun Razak
Taman Datuk Senu, Sentul
Rumah Pangsa Gombak 1A
Taman Kok Lian, Segambut
Kampung Pasir Lama Off Jalan Klang Lama
Rumah Panjang 1A, Jinjang
Taman Pertama, Cheras
Jalan Chemur, Pekeliling
Taman Sri Petaling, Sungai Besi
Jalan Air Bah, Setapak
Taman Intan Baiduri, Kepong
Jalan 133 Kepong
Jalan 25/56, Keramat Wangsa

RABU
Taman Desa Petaling
Kuchai Enterprenurs Park
Jalan Kolam Air Off Jalan Ipoh
Rumah Pangsa Sri Melaka, Cheras
Jalan K, Taman Batu, Segambut
Taman Connought, Cheras
Taman Beringin, Jinjang
Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi
Kuaters Hospital Kuala Lumpur
Pantai Dalam, Bangsar
Jalan Wira, Kampung Pandan
Jalan Gempita, Salak Selatan
Seksyen 10, Wangsa Maju
Rumah Pangsa Sri Pahang, Bangsar
Jalan 2A/146, Desa Tasek, Sg Besi
Jalan Batu 2, Taman Batu Muda

KHAMIS
Jalan Ikan Emas, Cheras
Jalan Berhala, Brickfield
Jalan Hujan Emas, OUG
Flat Sri Terengganu, Sentul
Taman Sri Rampai, Setapak
Taman Taynton, Cheras
PKNS, Jalan Kuching
Jalan Kas-Kas, Taman Cheras
Kampung Haji Abdullah Hukum, Bangsar
Taman Sri Sentosa, Klang Lama
Pasar Malam Awam Bandar Tun Razak
Jalan 4/146, Bandar Tasek Selatan
Jalan A1/6, Taman Setapak Indah

JUMAAT
Taman Melati, Gombak
Taman Desa Off Jalan Klang Lama
Taman Mastiara, Segambut
Jalan Sibu 6, Taman Wahyu
Taman Segar, Cheras
Taman Kok Doh, Segambut
Taman Sri Endah, Sungai Besi
Jalan Ang Seng, Brickfield
Bandar Baru Sentul
Kampung Cheras Baru, Cheras
Kg Kerinchi, Bangsar (J)
Jalan 20/2A, Taman Wilayah Selayang
Jalan 31/10A, Taman Perindustrian IKS

SABTU
Taman Bukit Anggerik, Cheras
Lorong Tuanku Abdul Rahman
Jalan Udang Siar, Segambut
Pekan Sungai Besi
AU2 Keramat
Jalan Rejang, Setapak Jaya
Jalan Kelab, Jinjang
Taman Sungai Besi
Taman Miharja Fasa 1
Jalan Lazat, Happy Garden
Pantai Dalam, Bangsar
Taman Midah, Cheras
Taman Sri Bintang, Kepong
Taman Koop Polis Fasa 1
Pasar Malam Awam Bandar Tun Razak

AHAD
Titikaya, Jinjang
Jalan Semarak, Setapak
Taman Maluri, Cheras
Jalan Selesa, Happy Garden
Jalan Telawi Bangsar
Taman Bukit Maluri, Kepong
Taman Tun Dr. Ismail
Jalan Mergastua, Kepong
Jalan Kelapa Gading, Segambut
Rumah Pangsa Sri Selangor, San Peng
Taman Sri Kuching, off Jalan Ipoh

p/s : Kawasan yang aku BOLD kan tu adalah yang terdekat dengan rumah aku. Setiap ari ada pasar malam... Bessst oo.. :)

12 February 2011

Aku Hias Kelas


Haha. Rasanya dah lama aku tak hias-hias kelas ni. Last sekali masa tingkatan 6 atas dulu. Lama tu. Tahun 2006. Teringat kembali kenangan dulu-dulu. Memang best la. Qalaupun dirancang dalam jangka masa yang singkat, tapi hasil dapat di lihat disebabkan oleh komitmen yang diberikan oleh rakan-rakan sepelatih. Memang beeest.. :)
Sebelum hias kelas, kami sempat join pertandingan Bola Tapar anjuran PSIMP Semester 2. Hehe. Keputusannya kami tunda kemenangan ke pertandinagan akan datang. hahahaha... Team lelaki dan perempuan bersepakat untuk mengangguhkan dulu kemenangan. Kepada adik-adik PPISMP & PSIMP, kita tunggu perlawanan akan datang na...




11 February 2011

Masa Depanku

Asslamualaikum. Dah hampir sebulan aku tak update blog. Bukannya tak terlintas, tapi terlalu sibuk dengan urusan dunia baruku.

Apa yang aku nak kongsi di sini adalah bagaimana aku sangat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah memberi cahaya kepada ku untuk aku meneruskan kehidupan ni.

Tarikh 24 Januari 2011 merupakan tarikh yang amat bersejarah dalam hidupku. Pada tarikh ini la aku didaftarkan sebagai pelajar KPLI-SR ambilan Januari 2011 di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala lumpur (dulu Institut Bahasa).

Memang aku sangat teruja di sini. Memang hampir 100% berbeza dengan sistem pembelajaran di universiti. Rasa macam dah kembali ke alam persekolahan. Memang seronok la. Ditambah pula dengan sahabat-sahabat baru yang 'sporting' serta terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Di sini aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan aku. Alhamdulallah, doa u all semua sampai kepada aku. Aku juga berdoa agar ahli keluarga aku serta sahabat-sahabat aku akan terus mendapat kebahgiaan hidup di dunia dan akhirat.

Terima Kasih semua.