27 July 2010

Ambik Jubah


Hahaha. Setelah beberapa bulan aku tak update blog ni, akhirnya tergerak gak aku untuk update kat sini. Tak tau macam mana bleh tergerak hati nak update ari ni.

Hari ni 27 Ogos adalah tarikh dimana aku dikehendaki mengambil jubah untuk majlis konvokesyen yang akan berlangsung tidak ama lagi. Rasanya tak sabar untuk berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan yang dah 2 bulan tak jumpa.

Tapi yang merisaukan aku kejab lagi adalah kerana soal hutang UM yang belum terpadam dari akaun aku. Walaupun aku dah selesaikan baki RM100. tapi masih tak ditolak dari akaun UMSISWEB. So,m harap-harap semuanya berjalan lancar hari ni. Jangan tersangkut nak ambik jubah sudah.

'Ya Allah YA Tuhanku, permudahkanlah urusanku hari ini, Amin'