28 February 2009

Program di Raudhatus Sakinah

Alhamdulillah ana dengan sahabat-sahabat PERMADAH yang lain selesai menjalankan satu program di Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah. Program ini dijayakan oleh seramai 20 orang mahasiswa/mahasiswi PERMADAH UM. Antara objektif program ini adalah untuk membantu remaja membina keyakinan diri dan pembentukkan remaja dalam aspek amalan dan nilai keIslaman.
Pelbagai pengalaman menarik yang ana dapat melalui program ini terutamanya ketika berhadapan dengan remaja-remaja yang sebelum ini mempunyai masalah keruntuhan akhlak. Antaranya ialah hubungan seks luar nikah, murtad, blak metal dan sebagainya. Sesungguhnya pengalaman bersemuka dengan mereka memberi 1001 pengalaman baru kepada ana. Semoga perubahan yang ada pada mereka berkekalan.
Sedikit latar belakang tentang Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah.

Raudhatus Sakinah (RA) diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja yang menjadi mangsa gejala sosial. RS berusaha membantu remaja-remaja ini agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama.

RS telah beroperasi sejak Ogos 1998 di bawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia. Didaftarkan secara rasmi di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Memberi Khidmat dan Bimbingan seperti Bimbingan Rohani, Bimbingan Bina Diri, Riadah, Rekreasi dan Kesenian serta Kemahiran Diri.

MEREPEK Sekejab....

Bukan aku yang cipta, tapi dipetik daripada blog salah seorang sahabat...
Tiada kaitan dengan yang masih hidup mahupun yang telah pergi..

'Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.'

*Tamat*

-daripada BOBBY WONG website-

25 February 2009

Sekitar Majlis Pelancaran SPRM

Pada 24 Februari 2009, satu majlis Pelancaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi. Kor Suksis UM telah diberi penghormatan untuk menyaksikan peristiwa bersejarah ini. SPRM ditubuhkan bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR).


22 February 2009

Kursus Seketariat Festival Seni UM




Kursus 3 hari ini dijalankan di Lembah Azwen Resort, Hulu Langat pada 6,7 dan 8 Februari 2009. Pelbagai ilmu baru terutama yang berkaitan dengan pengurusan acara yang aku dapat. Festival Seni UM (FESENI) merupakan projek ke2 terbesar di Universiti Malaya selepas projek Festival Konvokesyen UM (FESKUM). FESENI dijadualkan berlangsung selama 3 minggu dengan 16 acara termasuk dengan Pop Band, Muzik Akustik dan Malam Juara-Juara.
Kursus ini telah dikendalikan oleh Pegawai Pusat Kebudayaan UM yang mempunyai pengalaman yang luas tentang pengurusan acara seni di negara ini. Salah seorang daripada Pegawai tersebut pernah terlibat dengan Konsert Siti Nurhaliza di Royal Albelt Hall, London.

Keputusan Penuh

KEDAH 1 - 1 MY TEAM

21 February 2009

PIALA FA : Kedah vs My Team 1st Game, 2nd Round

Kemenangan 3 perlawanan berturut-turut yang dicapai oleh Sang Kenari sedikit sebanyak menyembuhkan kedukaan para peminat di atas deretan kekalahan yang dialami sebelum ini. Kemenangan tersebut biarpun dicapai dalam keadaan yang amat payah tetapi kelihatan amat bermakna.

Jika sebelum ini Hijau Kuning berada di kelompok dasar liga, kini Azrai Khor boleh menarik nafas lega kerana mampu melonjakkan skuad bimbingannya ke kedudukan pertengahan pula.

Walaupun begitu, sedikit sebanyak saya merasa amat bersimpati dengan apa yang dialami oleh Azrai. Betapa tidak, mutu persembahan Hijau Kuning masakini tidaklah seperti dahulu, longgar di sana sini.

Kepincangan itu ditambah pula oleh aksi longlai pemain-pemain import tempatan. Mereka yang dipancing dengan harapan besar ternyata masih gagal untuk memberikan sumbangan besar, sebagaimana yang diharap-harapkan.

Lebih buruk lagi, ada di kalangan mereka (pemain import tempatan) yang sudah sekian lama diberi peluang untuk menyarung jersi Hijau Kuning, masih tetap beraksi hambar. Di barisan pertahanan sebagai contoh, kudrat A. Victor juga yang ditagih selaku pemain utama ketika mengimbangi asakan pehak lawan.

Sampai bilakah kita mesti mengharapkan sumbangan pemain veteran tersebut? Apa sudah jadi dengan pemain pertahanan import tempatan yang sebelum ini kelihatan begitu menyerlah ketika mewakili negeri sendiri tetapi kini apabila bersama Hijau Kuning, menjadi beku di bangku simpanan?

Begitu jugalah di posisi tengah dan serangan. Peranan yang dimainkan oleh anak-anak jati jauh lebih menyerlah. Bantuan bermakna yang sepatutnya dihulurkan oleh pemain import tempatan, tidak menjadi kenyataan.

Amatlah tidak adil jika kita ingin membandingkan kebolehan mereka (pemain import tempatan) dengan Huggins, Nelson atau pun Marlon. Namun jika dikaji, taraf permainan mereka jauh lebih rendah dari kualiti persembahan anak-anak negeri. Sindrom sebegitu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Catatan ini bukanlah bertujuan untuk menghentam sesiapa, tetapi anggaplah sebagai satu perangsang khususnya kepada pemain import tempatan agar berusaha bersungguh-sungguh untuk membalas segala kepercayaan Azrai terhadap mereka. Ayuh, jika anda (pemain import tempatan) tidak memulakannya sekarang, bila lagi?

Perjalanan liga sebenarnya masih panjang.

Pada hemat saya untuk mempertahankan Piala Liga yang dimenangi 2 musim berturut-turut bukanlah suatu tugas yang mudah, tetapi tidak pula mustahil. Bagi menggapai impian tersebut, kita tidak perlulah mengharapkan pasukan itu kalah, atau pasukan ini tidak menang. Kita mestilah berdiri di atas kaki sendiri, di atas keupayaan sendiri.

Apa yang lebih penting ialah untuk mencapai kejayaan, Sang Kenari mestilah bersiap sedia sepanjang masa untuk menghadapi segala bentuk rintangan dengan kibaran semangat yang berkobar-kobar. Ingat, kejayaan sekali-kali tidak akan bertandang jika kita tidak membuka pintu perjuangan.

Sabtu nanti Hijau Kuning akan terus berjuang. Hijau Kuning akan melayani kunjungan UPB Myteam untuk melengkapi perlawanan pertama pusingan ke dua Piala FA.

Saya ingin bersikap realistik. Dalam iklim yang tidak menentu ini, kemenangan yang dicapai (jika mampu dicapai) adalah sudah memadai, tanpa mengambilkira faktor jaringan yang terhasil.

UPB Myteam tentunya sudah mengkaji corak permainan kita, walaupun pada pertembungan liga sebelum ini mereka tewas. Sabtu nanti jika kita mampu membolosi gawang lawan dengan jumlah gol yang selesa, itu adalah satu kredit. Tetapi ingat, mereka hanya tewas tipis sebelum ini. Dan ingat, mereka telah mengalahkan Selangor selepas itu.

Menjelang pertarungan tersebut, apa yang kita semua harapkan adalah agar mutu persembahan anak-anak buah Azrai akan kembali menyerlah seperti dahulu.

Kita sebenarnya rindu untuk menyaksikan hantaran silang yang mengelirukan. Kita rindu untuk melihat bola yang dirembat menerjah menggegar jaring pasukan lawan. Kita rindu untuk menonton anak-anak watan serta pemain import tempatan berganding bahu untuk melakar kejayaan demi kejayaan.

Ayuh, lakukanlah Hijau Kuning!

Selamat Berjuang

-abracadabra HKC-

15 February 2009

Jemputan Menyertai Kejohanan Futsal

KEJOHANAN FUTSAL
PIALA PENGARAH PUSAT SUKAN UNIVERSITI MALAYA

(TERBUKA KEPADA SEMUA WARGA MALAYSIA)

Anjuran
PERSATUAN MAHASISWA KEDAH UNIVERSITI MALAYA
&
PUSAT SUKAN, UNIVERSIT MALAYA

TARIKH
14 - 15 MAC 2009

TEMPAT
PUSAT SUKAN UNIVERSITI MALAYA

HADIAH
1st : RM 1 200 + Medal + Piala Pusingan
2nd : RM 800 + Medal
3rd : RM500 + Medal
4th : RM200 + Medal

Yuran penyertaan
RM 100 per team

Berminat, sila hubungi :-
Al Hafiz - 0132579465
Shariza - 0132006839

Tarikh tutup penyertaan :
13 MAC 2009


FIZIKAL SIHAT, MINDA CERDAS, VARSITI CEMERLANG

12 February 2009

Sukan PERMADAH (SUPER '09)



Persatuan Mahasiswa Kedah, Universiti Malaya akan mengadakan hari sukan bersama ahli keluarga PERMADAH (SUPER'09) pada 15.02.2009 bertempat di Pusat Sukan, Universiti Malaya.
Pelbagai acara diadakan seperti Futsal, Bola Tampar, Bola Jaring dan banyak lagi.

-Anjuran Kelab Sukan PERMADAH-

11 February 2009

Kemenangan Sulung Kedah

KEDAH 2 - 0 KL PLUS

Sedikit ulasan mengenai game semalam..

Suasana stadium yg agak suram,lebih kurang dalam 10k saja penyokong yg memenuhi stadium. Turut memeriahkan stadium ialah dengan kehadiran cewek2 dari KL (Datin Maznah pun ada).

Alhamdulillah, banner baru HKC yg pertama berjaya digantung semalam & maybe dah membantu membakar semangat player. Banner yg kedua masih dalam proses pembikinan. Kredit to Black yg bersusah payah gantung banner.

Berbalik pada game,agak memeranjatkan apabila tengok line up, nama Nazmi takdak tapi terdapat nama baru yg mengisi kuota player u-20 iaitu Hisham Sofi.Manakala yg berada di bangku simpanan pula Wan Zaim Wan Azizan. Nama Paklong turut tercicir dalam 1st eleven semalam.

Kedah bermula garang di awal permainan dengan gerakan2 pantas yg jelas mengelirukan lawan. Dengan hasil serangan balas, Arul dapat melakukan cubaan dalam kotak penalti tetapi singgah di palang dan seperti biasa Fadly sudah bersedia menunggu hasil bola rebound tersebut & jawapannnya. Goool!!

Pujian harus diberikan buat Hisham, biarpun 1st debut tapi jelas langsung tak nampak nervous dalam permainannya. Dengan aksi yg keras, Hisham banyak membantu barisan pertahanan biarpun kadang kala beliau nampak macam hilang punca, hantaran mudah dibaca lawan & positioning pula melilau. Tapi kira ok la,budak baru...

Permainan mula bergerak hambar apabila kedua-dua pasukan buntu mencari gol. Kedah bermain seolah-olah Marlon masih bersama pasukan dengan banyak melakukan long ball, manakala Azrul yg bertindak selaku target man sering kali kehilangan bola.

Bermula 2nd half, Azrul dikeluarkan & diganti dengan Sam. Kedah mula mengubah taktikal dengan bermain short pass & nyata KL Plus gagal merencana sesuatu untuk memecah benteng Kedah. Kapten & Ustad beraksi cemerlang semalam dengan banyak memintas bola2 pihak lawan. Kredit juga untuk Al-Hafiz yg banyak menyelamatkan cubaan-cubaan pihak lawan dari luar kotak penalti. Biarpun kadang-kadang Al-Hafiz gagal menangkap kemas, biaq bola out sudah laa.

Ada satu ketika,Meen berjaya meloloskan diri di dalam kotak penalti & melepaskan rembatan tapi berlaku reflection & pantas disambar Bad untuk gol kedua.Tapi gol tersebut dibatalkan disebabkan Bad sudah offsaid.
Kedah semakin agresif melakukan serangan & hasil one two Bad dengan Arul kalau xsilap di kawasan kiri gol pihak lawan, berlaku sedikit kelam kabut di depan gol & bola yg melantun di udara singgah tepat di kepala Fadly yg entah bila berada di kawasan gol untuk sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring.

Permainan Sam pula nampak begitu ketara peningkatannya dengan ball control yg baik & skali skala cuba dribble pihak lawan,speed pula jangan cakap la, berdesup.. Kedah kemudian menggantikan Fadly Baharom dengan Sabree Abu.
Kemasukan Sabree Abu tidak sia-sia apabila berjaya menyelamatkan satu cubaan pihak lawan berdekatan garisan gol hasil dari satu sepakan sudut.

Hasil satu serang balas lagi, Arul berjaya menghantar bola kepada Sam di dalam kawasan penalti & dengan turning yg cantik Sam melepaskan satu rembatan kencang untuk menghasilkan gol ke-3, tapi sayangnya terbatal lagi kerana offsaid. Bernafsu sungguh Sam semalam.

Kedah juga hampir-hampir jaringan apabila Arul gagal menyempurnakan peluang ketika pintu gol sudah longgar kawalannya setelah berlaku kelam kabut di depan pintu gol.Arul sekali lagi mensia-siakan peluang di dalam kotak penalti apabila placing yg dilakukan hanya sipi dari sasaran.

Kedah melakukan pertukaran lagi dengan mengeluarkan Meen & digantikan dengan Paklong. Agak-agak boleh bayang tak macam mana Kedah bermain dengan kehadiran Paklong, Arul, Sabree & Hisham di kawasan tengah padang?
Kedah mampu untuk menambah gol kalau tidak kerana Hisham sudah tercedera & tidak boleh diganti.
KL Plus pula terus kian buntu untuk mencari gol & lebih banyak clear bola.

Tamat 90 minit, Kedah 2-0 KL Plus.Tahniah buat pasukan yg berjaya mengutip 3 mata pertama.

- hijaukuning.com -

04 February 2009

Celaru, Keliru, Terharu

Tepat 3.05 petang tadi, Menteri Besar Perak, Ir. Nizar telah mengumumkan pembubaran DUN Perak. Namun sehingga kini masih belum ada pengesahan tentang pembubaran ini kerana belum mendapat pekenan Sultan Perak. Jika pembubaran ini mendapat pekenan Tuanku Sultan, pasti negeri Perak akan menghadapi pilihanraya.
Apapun semua ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat terutamanya rakyat negeri Perak. Politik oh Politik...
Semoga kerajaan baru yang akan mentadbir Perak nanti akan berusah membela nasib masyarakat Melayu khususnya serta rakyat Perak amnya.