25 March 2012

Bersantai di Hujung Minggu

Alhamdulillah. Hari ini merupakan antara hari yang cukup tenang. Rasa macam dah lama aku tak nikmati cuti yang aman macam ni. Puas gak la hari ni. Dapat rilek yang cukup. Tengahari tadi sempat beriadah di Ulu Yam. Ikut sedara angkat yang ada di sini. Sejuuuk ja tempat tu. Time tu teringat plak aku kat kampung sendiri.  Kalau aku pi dgn kawan-kawan, soheh lagi meriah. Tapi.... yahooo, esok sekolah baliik..



Berselera si Anep ni makan...


Best gak sekali-sekala macam ni. Harap lepas ni ada lagi peluang untuk mandi-manda di sini. Zaaas...

24 March 2012

Badminton Axiata Cup

Bosan hujung minggu tak tau nak ke mana, tiba-tiba plak rasa nak tengok badminton. Teruih start moto bergerak ke Stadium Badminton Kuala Lumpur yang terletak di Cheras. Hari ni game Malaysia Tiger vs Thailand. Aku sempat tengok perlawanan pertama ja. Hafiz hashim beremu Boonsak Polsana. Kesudahan game, Hafiz menang 21-19, 21-16. Selepas tu aku gerak balik rumah sebab nak layan bola sepak 'live' Kedah vs T.Team. :)












Walaupun injured, lagend tetap datang bagi sokongan pada rakan-rakan yang lain.

18 March 2012

Proton Power of 1

Hari ni baru aku sempat berkunjung ke pameran proton yang terbesar, POWER OF 1 di perkarangan stadium Nasional Bukit Jalil. Memang besar pameran ni. Aku pun tak sempat nak melawat semua pameran. Banyak sangat. Kebetulan waktu aku ke sana tu plak, matahari sedang terpacak atas kepala. Tapi yang penting, matlamat aku nak tengok kereta terbaru proton tercapai jugak akhirnya.. Proton yang belum diberi nama. Hanya ada kod iaitu P321A. Mantaaap!!!
Aku juga bertuah pada hari ni sebab boleh tengok secara langsung Juara Rally Sweden, Alister McRae dengan jentera Satria Neo S2000. Sangat mengujakan!!!
Alister McRae
Jentera SATRIA NEO S2000
Pertunjukan Kereta F1 Lotus pun ada dan berbagai-bagai lagi pameran... Sangat menarik.
Kereta Proton akan datang.
Tu saja cerita dan gambar yang aku nak kongsi kat sini. Harap akan ada lagi pameran macam ni pada masa akan datang...

13 March 2012

Cuti Penggal Pertama



Baru sempat nak ber'update' blog. Mood tiba-tiba rajin nak update blog.. Paseipa tak tau.. hehehe..

Tup tap.. tup tap.. dah hari Selasa. Tinggal 5 hari saja lagi untuk aku 'merehatkan' diri daripada kerja yang berlambak di sekolah. Fuuuhhh....

Selamat Bercuti kepada yang berkenaan.. hehehe