11 March 2011

Kursus Bina Insan Guru (BIG)

Alhamdulillah aku dan sahabat-sahabat seperjuangan KPLI telah selamat dan selesai menjalani kursus Bina Insan Guru yang diwajibkan kepada semua bakal guru di Malaysia pada 7-10 Mac 2011 di Tanjung Uda River Resort.

Memang best sangat walaupun penat. Paling aku best ialah ketika aktiviti mendaki bukit dan berkayak. Walaupun dah penah dengan aktiviti ni, tapi kali ni lain dari yang lain. hahaha.. (maybe sebab ada orang tu kot).. :)

Aku rasa aku akan merindui detik-detik macam ni suatu hari nanti. Kerjasama yang diberikan telah melayakkan kami dihargai sebagai kumpulan yang terbaek yang pernah ada sepanjang program BIG diadakan pada semester ini.

Di tambah pulak dengan kehadiran jurulatih-jurulatih berpengalaman yang dah lama tak menyertai BIG, sememangnya kami amat rasa bertuah. hehehe. Terima kasih ya kepada Encik Badrul, Encik Muzafar, Encik Zack, Encik Nazry, Ustaz Zul, dan kepada Kem Kom kami iaitu Tuan Hj. Hamid.

Lepas ni ada satu lagi program yang seakan-akan BIG iaitu Perkhemahan Unit Uniform. Kita jumpa di sana........ :)


Bersama dengan sahabat-sahabat di Kebun Sayur, Setiawan.



Berkayak di muara sungai :). Bessssst...



Mase ni di puncak bukit kat Lumut. Penaaaat :)



Hahaha. Menunggu cendol yang tak kunjung tiba (jurulatih tipu cakap ada penjual cendol di puncak bukit)



Ermmm.... Senyum.... Tak perlu kata apa-apa.. :)

2 comments:

  1. eh..mcm ada aktiviti lebih menarik drpd kami jek nih???

    ReplyDelete
  2. ye ke? hehehehe.. aktiviti apa yang lebih menarik tu??? :)

    ReplyDelete