23 December 2010

Macam-Macam Hal...


Semalam, seorang rakan memberitahu aku difitnah melakukan sesuatu yang aku sendiri tak teringin nak buat. Tak pernah terlintas dek akal aku untuk berbuat demikian.

Fitnah bukan satu perkara luarbiasa. Ia berlaku dan akan terus berlaku... Selagi ada manusia, langit dan bumi.

Dalam perbualan itu juga, seorang teman menyatakan bagaimana rakan aku menggunakan maklumat yang diberikan untuk mengenakan aku. Maklumat itu hanya diberikan sebagai maklumat saja. Tidak lebih dari itu.

Pelik memikirkan bagaimana manusia yang sempurna akal fikiran boleh menerima bulat-bulat apa yang telah disampaikan kepadanya tanpa menyiasat. Adalah sangat tidak adil bagi diri aku dalam hal ini. Orang lain buat, orang lain kena? Hurmm. Berdiam lebih baik walaupun kebenaran berpihak aku.

Rakan taulan, dalam dunia ini, ada pelbagai jenis manusia. Ada yang baik di hadapan tetapi mengata di belakang. Manis di depan, masam di belakang. Biasalah. Oleh itu, hati-hati ketika menceritakan sesuatu hal kepada seseorang ataupun melakukan sesuatu perbuatan. Aku hanya mampu sabar. Biarlah Tuhan yang menentukan....

Ya Allah Ya Tuhanku, elakkanlah aku daripada menjadi seorang manusia yang kejam terhadap manusia lain. Jadikanlah aku seorang insan yang sentiasa ingat akan asal usulku, jadikanlah aku sebagai insan yang bersyukur dengan nikmat yang ada. Amin

3 comments: